Kredit foto: www.eminetra.com


SUDAH lebih setahun negara kita menjadi mangsa serangan pandemik COVID-19 selepas ia mula dikesan di sebuah bandar bernama Wuhan di negara China pada tahun 2019.

Tiada siapa menyangka virus tak nampak yang mampu membawa maut kepada manusia ini akan mempengaruhi corak dan amalan norma hidup kita, terutama di negara sendiri.

Pada awal Julai 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020, Malaysia pernah mencatatkan sifar kes penularan tempatan dengan hanya kira-kira 0.73 peratus kes aktif dalam negara.

Ini merupakan kejayaan terhebat pernah diciptakan bersama hasil garaban usaha antara kerjasama rakyat jelata dan kepakaran pihak pemerintah negara.

Namun ternyata panas yang disangkakan sampai ke petang, akhirnya gerimis mengundang di tengah hari.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan koronavirus COVID-19


Kira-kira pada pertengahan September tahun yang sama, negara kita mencatatkan serangan ‘gelombang kedua’ yang lebih dahsyat dan meragut lebih banyak nyawa mereka yang tak berdosa.

Sehinggakan kerajaan mengumumkan PKP 2.0 untuk enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.

Sejak daripada itu, tren kes positif harian dilihat asyik tidak menentu dan mencatatkan angka melebihi 600 kes sehari.

Persoalannya, kenapa tren negatif sebegini boleh terjadi selepas kita semua sudah berpengalaman mengharunginya dengan berjaya pada tahun 2020 lalu?


Kredit foto: NST


Menurut beberapa sumber dari pakar-pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan kes harian agak sukar untuk turun ke angka 500 kes sehari.

Punca pertama ialah mengenai kelesuan pandemik (pandemic fatigue) di seluruh dunia. Ia menjadi salah satu penyebab peningkatan kes akhir-akhir ini.

Masyarakat mula lesu, lalu mereka kian alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK mula diperkenalkan bermula hujung tahun 2020 lalu.

Punca kedua yang menjadi faktor ini adalah berkaitan keputusan melonggarkan beberapa perintah larangan termasuk pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, pembukaan semula sempadan-sempadan negara, penganjuran perhimpunan beramai-ramai di seluruh negara.

Secara fakta kesihatannya, perkara ini telah menyebabkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di kebanyakan negara, tidak terkecuali Malaysia.


Kredit foto: Fb KKM


Kredit foto: MalaysiaNow


Ia makin membimbangkan dengan kemunculan mutasi baharu virus SARS-CoV-2.

Situasi yang sama dapat dilihat di Malaysia sejak awal bulan April 2021. Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 61,984 kes baharu dan 235 kes kematian COVID-19 dalam masa 4 minggu sahaja.

Seperti yang kita sedia maklum, peningkatan kes baharu dan kematian yang mendadak ini telah menambah bebanan sektor kesihatan negara.

Kumpulan barisan hadapan (frontliners) kesihatan yang bertugas di bawah sendiri memberitahu bahawa keadaan menjadi makin genting jika tiada usaha yang drastik diambil oleh semua pihak.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kapasiti hospital telah ditingkatkan dan lebih ramai petugas kesihatan telah dimobilisasikan ke kawasan-kawasan wabak bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.




Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil kritikal /ICU COVID-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Ternyata keadaan mengurus darurat dalam negara kita bukan lagi berada pada tahap yang boleh dibuat main-main. Jika ia tidak dibendung, tak mustahil kita akan lumpuh sepenuhnya.

Bagi memastikan Malaysia kembali terkawal, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak. Kerajaan dan orang ramai yang berada dalam negara ini harus berganding bahu dan mempunyai satu hala tuju yang sama.

Mana mungkin kita boleh menang melawan wabak ini jika kerajaan mimpi lain, kita pula mimpi lain. - KitaReporters


Petugas kesihatan KKM sedang melakukan prone ventilation sebagai satu strategi untuk meningkatkan saluran oksigen dan pernafasan pesakit yang ada severe hypoxemia.

Doakanlah semua petugas-petugas KKM terus diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat di barisan hadapan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Mereka bertugas dengan penuh kasih sayang #WeServeWithLove sebagaimana motto KKM “Kami Sedia Membantu”.

Doa seluruh rakyat Malaysia adalah diharapkan sebagai kekuatan dan semangat kepada mereka. Semoga pesakit yang sedang dirawat juga diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

#KitaMestiMenang melawan virus COVID-19 ini.

0
0
0
0
0

Copy Link: