Berita Terkini| Langgar SOP lagi! Neelofa disiasat lagi! Keluarga berkumpul sambut Aidilfitri!
Published byPOLIS menjalankan satu lagi siasatan terhadap selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya berhubung dakwaan melanggar SOP apabila berkumpul ketika Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, pihaknya
menerima satu laporan pada Isnin, 17 Mei 2021 susulan video memaparkan selebriti
itu bersama keluarganya yang berkumpul tular dalam media sosial.
“Siasatan awal mendapati video tular berdurasi selama
27 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram kakak selebriti berkenaan
sebelum dikongsi warganet dalam laman sosial Twitter,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Selasa 18 Mei 2021.
Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi 1 Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.
Anuar berkata, kes itu akan disiasat mengikut
Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 dan polis menasihatkan orang awam tidak membuat
sebarang spekulasi berkaitan video tular terbabit selain mematuhi semua
peraturan ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan
SOP am perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan
berkuat kuasa 7 hingga 20 Mei 2021 dengan menetapkan bahawa rentas sempadan
negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan kerajaan negeri)
tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran polis.
“Pergerakan dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan dikira sebagai satu kawasan jangkitan,”
katanya.
Sebelum ini, selebriti itu pernah mencetuskan dua kontroversi berkait pelanggaran SOP merentas negeri iaitu ke Pulau Langkawi di Kedah dan ke Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter