DUDUK DI RUMAH ATAU DUDUK DI DALAM KUBUR!
Published bySIAPA kata Malaysia tidak boleh buat? Padu! Sepanduk dan kain rentang kata-kata pedas tetapi bermakna berkaitan bahaya penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) sudah mula digantung dan diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan. : KitaReporters
Gambar sepanduk dalam laman sosial yang semakin rancak mendapat perkongsian.
Bagi mereka yang masih ingkar, tidak takut kepada wabak Covid-19 dan hanya memperlekehkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seharusnya sudah mula ada kesedaran.
Berdasarkan perkongsian dalam beberapa laman sosial Facebook termasuk milik Fahmi Zainol, sepanduk dan kain rentang tersebut boleh dilihat di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Bagi Fahmi, dia turut meletakkan kapsyen dalam ruangan statusnya yang menyatakan: “Sempoi, hanya di Permatang Pauh. Pedas tapi bermakna. Syabas AMK Permatang Pauh.”
Mereka yang masih ramai berpusu-pusu di tempat awam, seharusnya faham dengan sindiran ini.
Ada yang tertulis, “Anda kebal? Keluarlah rumah”, “Duduk rumah atau kerahmatullah? Pilih!” dan banyak lagi.
Antara sepanduk-sepanduk yang digantung sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang
Kreatif...Memang makan dalam punya!!
Usaha tersebut mendapat pujian ramai netizen. Ada yang mengucapkan tahniah dan bersyukur dengan cara ini.
Malah tidak ketinggalan juga bersetuju dengan sindiran itu dengan menyatakan ia lebih memberi kesan mendalam berbanding kata positif yang sering diucapkan.
Walaupun hanya di Permatang Pauh, gambar-gambar sepanduk dan kain rentang pedas tapi bermakna ini sudah mula mendapat perkongsian ‘page’ dan warganet di lokasi lain.
Justeru itu, dengan bermulanya di Permatang Pauh dan beberapa lokasi di utara Semenanjung Malaysia, maka mungkin beberapa kawasan atau negeri lain juga boleh mengikut jejak langkah sama. - KitaReporters