SALAM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk semua rakyat Malaysia. Apakah pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggembirakan kita?? Pastinya ada antara kita bersetuju dan sebaliknya. Sama ada keputusan pelaksanaan semula PKP itu dianggap bijak atau bodoh, biarlah masing-masing tentukan. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKP: 

https://kitareporters.com/search?search=pkp


Oh ya! Bersyukurlah pada individu yang berjaya melaksanakan hajatnya untuk mengadakan hari keluarga, kenduri kendara, seminar, pulang ke kampung dan aktiviti keraian lain sebelum PKP diumumkan.

Benarlah bulan 11 dan 12 memang masa sesuai untuk beriadah sesama kita tetapi apa gunanya melakukan aktiviti semasa penularan pandemik Covid-19 bermaharaja lela mahu seronok macam mana? Tapi netizen kata jadilah daripada tiada, dapat ketawa dan berjumpa bersama keluarga, oklah!

Barisan hadapan kitalah kelompok yang paling khuatir terhadap ibu bapa kita. Abang kita mahupun kakak kita, semuanya degil belaka. Mana tidaknya! Berkunjung ke pasar raya dengan meninggalkan pelitup muka dan tiada penjarakan sosial, bersentuhan pula membawa bersama anak-anak kecil tanpa diajarkan untuk berjaga-jaga, apa benda!



Kes terbaharu positif Covid-19 sebanyak 3,309 pada 12 Januari 2021 di seluruh Malaysia, yang tertinggi sejak Covid-19 menular ke negara ini.


Sebelum ini pelbagai nasihat telah dilakukan dengan menggunakan pelbagai medium media seperti hebahan pesanan melalui WhatsApp, pengiklanan berbentuk rayuan, pemasangan billboard di jalan-jalan utama, namun semuanya tidak diendahkan seperti merasakan sudah bebas semuanya.

Agaknya masyarakat mahu sampai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri menitiskan airmata merayu dan terus merayu bagai hendak gila?

Berkali-kali penulis mengingatkan pandemik Covid-19 ini seperti batuk dan selsema, kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada; kalau kena mungkin lama jika sehari dua sahaja tidak mengapa jika membawa kepada kematian? Bagaimana??

Selepas pengisytiharaan darurat yang dibuat oleh PM pada 12 Januari 2021 pelbagai reaksi diberikan masyarakat Malaysia. Ada suka dan ada sebaliknya. Tidak kurang juga ada berpendapat ini adalah konspirasi mengekalkan kerajaan yang ada pelbagai pihak telah terlibat termasuk Yang Di Pertuan Agong (YDPA) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Alasannya darurat yang dibuat hanya memfokuskan pemberhentian pengoperasian sidang Parlimen sedangkan kerja-kerja pada peringkat eksekutif dan awam berjalan seperti biasa. Ada Netizen memberitahu lagi jika PM hendak melaksanakan darurat, jalankan semacam "darurat perintah berkurung" itukan lebih jelas.

Kita heboh menyalahkan darurat dijalankan dengan tergesa-gesa sedangkan sejak PKP 1.0 dahulu, jelas netizen, situasi negara juga berada dalam keadaan panik tetapi masih terkawal dengan perlaksanaan PKP berperingkat-peringkat tanpa darurat berbulan-bulan.

Sesetengah netizen mengatakan tidak adil jika masyarakat mendakwa darurat yang dilaksanakan dengan bermotifkan politik sahaja kewajarannya untuk dilaksanakan juga perlu, memandangkan jumlah kes-kes peningkatan amat menggusarkan hari ke hari sampaikan jumlah katil, kelengkapan perubatan, wad-wad kecemasan terpaksa diguna pakai pihak hospital.

Kali ini pihak-pihak hospital swasta diwajibkan untuk membantu kerajaan sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 dari segi bantuan utiliti, makmal perubatan, tenaga serta perkhidmatan tanpa gagal sekali gus menunjukkan negara dalam keadaan kritikal.


Lagu yang dicipta oleh netizen bagi melahirkan kekecewaannya terhadap pelaksanaan semula PKP dan perintah darurat yang diumumkan.


Setakat 12 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 3,309 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 141,533 kes keseluruhan dengan menunjukkan Selangor dan Johor antara lima buah negeri mendominasi kes tertinggi.

Kepintaran dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menyetujui darurat dilaksanakan disebabkan pengalaman dan pengajaran yang dilalui negara sebelumnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mencetuskan penularan Covid-19 yang semakin tinggi dalam negara.


Kredit foto: FB Amin Arif


Kerana kuasa dan jawatan kita sanggup menggadaikan lelah dan nyawa barisan hadapan kita bermati-matian dan bertungkus-lumus mensejahterakan kita! Tenaga mereka sekuat mana, jika ratusan orang bolehlah dijaga tapi jika cecah ribuan orang? Tidak menang tangan dibuatnya, kesian pada mereka.

Pada mereka yang menyokong keperluan darurat diisytiharkan syabas dan tahniah! Anda adalah masyarakat yang bijak serta prihatin; hal-hal politik yang mencelarukan ketika ini sehingga ada yang mahu menyegerakan pilihan eaya, menjatuhkan pemimpin dan berkomplot adalah perencanaan politik yang "tidak cerdik", kelak rakyat juga terima bahananya. 

Mujurlah Agong kita cakna keadaan semasa, pintar dan bertanggungjawab! merafak sembah tuanku, ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun! Daulat tuanku!



Bagi mereka yang kurang bersetuju dengan pengumuman mengejut PM untuk melaksanakan darurat berbagai-bagai parodi, lagu nakal, cacian, makian mewarnai media sosial seperti Facebook sejak diumumkan.

Tuduhan sinis dan tidak berasas sekadar melepaskan geram serta amarah dilontarkan netizen sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah sedikit pun. 

Dengan tegas sekali lagi penulis merasakan keputusan yang dibuat adalah tepat seperti yang disokong oleh kelompok netizen yang lainnya.



Tidakkah kita ingat perlaksanaan Perintah Berkurung yang dijalankan sekurang-kurangnya memberi sinar dan nafas serta kejayaan kita mengekang Covid-19 dari menular, setidak-tidaknya dua atau tiga bulan selepas itu kita dapat merentas negeri kembali bukan.

Kerana itu juga Malaysia menjadi antara negara yang dihormati Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehinggakan ada negara menghantar petugas perubatannya untuk belajar dan berguru, bagaimana Malaysia mampu menangani Covid-19 dengan baik.

Pakar Perlembagaan, Professor Dr. Shamrahayu Ab Aziz di Astro Awani


Memetik definisi yang dikemukakan oleh Pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Shamrahayu Ab Aziz mengatakan 

darurat suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. 

Jelasnya perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.

Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.

Tambah Sham dalam laporan Astro Awani, Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan. 



Sebelum ini Malaysia mencatatkan kes-kes kewajaran darurat diumumkan bila mana disebabkan bersangkutan dengan ancaman nyawa seperti keganasan gerila komunis pada 1948-60, konfrontasi dengan Indonesia pada 1963-66 dan persengketaan kaum pada 13 Mei 1969.  

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh seramai 222 pemegang Ijazah PhD menyokong pengisytiharaan Darurat dilaksanakan oleh baginda Al-Sultan Abdullah dan menolak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daam masa terdekat.

Pengisyhitaraannya yang tidak lain membuktikan pengumuman proklamasi darurat sebagai langkah proaktif peringkat tertinggi membendung serta melandaikan kes positif Covid-19.

Selain daripada perkenan Agong dalam pembentukan satu jawatankuasa bebas yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dalam mempersetujui tempoh tamat awal perlaksanaan darurat yang ditetapkan pada 1 Ogos 2021. - KitaReporters


4
6
3
0
0

Copy Link: