Video| Dah daftar Larian Keluarga Malaysia 2024? Selain Khairy, Dr Ong Kian Ming turut beri sokongan!
Published byLarian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 yang akan diadakan pada 29 September 2024 ini di Persiaran Flora, Cyberjaya terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak tanpa mengira agama, bangsa dan politik.
Aktiviti yang diadakan bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu COVID-19 ini juga bertujuan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Sebagai contoh, bekas Ahli Parlimen Bangi dan bekas Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming turut memberi sokongan terhadap Larian Keluarga Malaysia 2024 (LKM 2024) ini.
Dr Ong, yang sekarang memegang jawatan sebagai Pro-Naib Canselor untuk Perhubungan Luar di Taylor’s Universiti, telah mengesahkan penyertaan beliau dalam kategori 10KM.
Bekas Ahli Parlimen Bangi itu turut mempromosi LKM 2024 di platform sosial media beliau dan mengajak para pengikutnya untuk turut sama menyertai LKM 2024.
Dr Ong adalah peminat larian dan pernah berlatih dengan Duta LKM, Khairy Jamaluddin untuk meningkatkan kelajuan lariannya.
Dr Ong Kian Ming
Sementara itu, Dr Ong menegaskan penyertaan ini adalah manifestasi bahawa tiada jurang agama dan bangsa dalam usaha mengukuhkan perpaduan di negara ini dan untuk membantu golongan yang ada keperluan mendesak.
“Satu contoh dan inisiatif yang baik oleh YKM, melalui LKM 2024, untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama saya dalam LKM 2024 yang akan berlangsung pada 29 September 2024 di Persiaran Flora, Cyberjaya.
“Penyertaan anda dalam larian ini penting bagi membantu anak-anak di bawah tanggungan YKM terus terbela,” kata Dr Ong.
YKM buat julung kalinya pada tahun ini (2024) akan menganjurkan LKM 2024 bertempat di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 September 2024.
Larian ini diadakan bagi mengumpul dana untuk memastikan anak-anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu, bapa atau ibu bapa atau penjaga akibat Pandemik COVID-19 akan terus mendapat pembelaan.
Pengesahan penyertaan LKM 2024 boleh dibuat melalui laman web Ticket2u – Larian Keluarga Malaysia 2024 https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024
Maklumat lanjut pula boleh dilayari melalui laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau https://lariankeluargamalaysia.com atau menghubungi talian 0322027493. - KitaReporters/Kenyataan Media