.


Membangunkan orang untuk sahur menjadi satu kegiatan yang diamalkan di daerah-daerah tertentu di Indonesia. Ia biasanya dilaku oleh sekumpulan anak muda lelaki berarak secara beramai dengan membawa beberapa alat untuk dijadikan muzik serta melaungkan kata-kata "ayo sahur sahur".

Namun terdapat kelainan acara ‘bangun sahur’ di Gang TK Aisyah Kelurahan, Kecamatan Sukmajaya, Depok, Jawa Barat. 

Dari puluhan pemuda berarak untuk acara bangun sahur terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu yang memegang ‘inhaler’ dan melaungkan ‘sahur’.

Rupa-rupanya wanita itu ialah penyanyi dangdut  terkenal Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak, 32. 



Ayu melakukan kegiatan ini mulai Ramadan 2025 pada hari Sabtu dan Ahad.  Ia bermula pada 1 dan 2 Mac 2025 dan dijangka berakhir pada 29 Mac 2025.

Ayu Ting-Ting yang menjadi personaliti cukup dikenali di perkampungannya berjaya mengumpul puluhan anak-anak muda berarak keliling kampung ikut giliran hari bagi membangun penduduk untuk bersahur. Ia dipanggil ‘Geng Bangun Sahur’.



Kegiatan Ayu Ting Ting mendapat perhatian masyarakat Indonesia setelah Ayu memuatkan video dia melaungkan sahur dalam akaun Instagramnya.

Malah Ayu turut mengundang sebahagian ‘geng bangun sahur’nya dalam program bual bicara popular ‘Brownis’ di TransTV pada Isnin, 24 Mac 2025. Ayu adalah salah seorang hos program TV popular itu. 



Sebahagian geng sahur dijemput ke rancangan Brownis NTV pada Isnin, 24 Mac 2025.

Sebagai penyanyi dangdut top dengan berpendapatan tinggi, Ayu sepatutnya tinggal di kawasan elit di Jakarta. Namun Ayu tetap selesa tinggal di sebuah perkampungan di Gang TK Aisyah Kelurahan, Kecamatan Sukmajaya, Depok, Jawa Tengah. 

Ini kerana Ayu menganggap rumah yang didiaminya di perkampungan itu memberi tuah kepadanya sehingga berjaya menjadi antara penyanyi dangdut paling popular dan berpendapatan tinggi di Indonesia. 

Dan Ayu selesa tinggal bersama ayah dan ibunya Abdul Rozak dan Umi Kalsum, adiknya Assyifa Nuraini dan adik iparnya dan anaknya, Bilqis Khuzaimah,12, di Gang TK Aisyah itu. 

Rumah asal milik ibu bapa Ayu cuma 125 meter persegi. Namun setelah berjaya sebagai penyanyi dangdut popular Ayu membeli tanah di sebelah rumah dan membesarkan rumah keluarga menjadi dua tingkat dan kini menjadi banglo indah di perkampungan itu. 

Cuma laluan masuk agak sempit dan hanya membolehkan satu kereta bergerak dalam satu masa. 


Kediaman  Ayu Ting Ting dan keluarga di Depok


Walaupun sudah mempunyai rumah di Jakarta dan sentisa sibuk di stesen TV NTV dan dan NTV7 pada siang hari,  namun Ayu lebih selesa tinggal di Depok walaupun hanya sampai di rumah apabila sudah malam. 

Dalam  usia bakal menginjak 33 tahun pada 20 Jun 2025, Ayu Ting Ting ‘tidak menghiraukan’ hendak menamatkan status jandanya. 

Ayu pernah berkahwin dengan Henry Bakoro pada 2013 dalam tempoh singkat dan memperoleh anak, Bilqis Khuzaimah, 12. Dan dia memutus pertunangan dengan pegawai tentera, Mohammad Fardana pada Julai 2024. 

Ayu kini enggan memikir soal walaupun ramai insan seni  yang mengimpikan dia sebagai termasuk rakan hosnya dalam ‘Brownies’ iaitu Ivan Gunawan.

Ayu yang dikatakan mempunyai kekayaan Rp300 milyar (kira-kira RM100 juta) turut menjalankan beberapa perniagaan termasuk  makanan dan minuman yang diusaha oleh ayah dan adiknya.

Ayu kini semakin membaiki kebolehan berlawak kerana ia diperlukan dalam siri TV yang disertai. - KitaReporters


11
18
0
16
0

Copy Link: