Liga Super 2022: Kedah Darul Aman FC terus gagal catat kemenangan! JDT catat kemenangan mudah, 4-1!
Published byJUARA bertahan Liga Super 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC tidak menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan ke-16 dalam liga selepas membenamkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi (11 Oktober 2022).
JDT turut meneruskan rekod tanpa kalah dalam liga dan hanya seri lima kali dan selebihnya mecapai kemenangan.
JDT yang bermain di halaman sendiri menerima kunjungan Kedah bagi mengekalkan rekod tanpa kalah dan ini pertemuan kali dua mereka dalam masa beberapa hari.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super 2022
Kedah turun dalam perlawanan ini dengan taktikal ingin bermain secara bertahan agar dapat mencuri satu mata untuk dibawa pulang. Biarpun bermain bertahan, mereka berjaya mencipta beberapa peluang terbaik.
JDT pula seperti biasa terus mempamerkan penguasaan bola dengan hantaran pantas dan begitu selesa dalam melakukan gerakan.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Ronald Ngah Wanja menceriakan pasukannya selepas meledak jaringan pertama pada minit ke-44 selepas melepas rembatan untuk menewaskan Farizal Marlias.
Kedah cuba untuk mempertahankan jaringan yang diperoleh namun JDT menyamakan kedudukan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-49 selepas mudah menyempurnakan sepakan penalti.
JDT terus melakukan serangan untuk mencari jaringan dan bekas pemain Kedah, Syafiq Ahmad meletakkan JDT di hadapan dengan jaringan yang sangat menarik pada minit ke-62.
Syafiq terus menambah luka pada bekas pasukannya untuk gol ketiga sebelum Bergson mencatat nama selaku penjaring keempat.
Kedah cuba mencari gol tambahan namun mereka gagal melakukannya apabila barisan pertahanan JDT begitu kebal untuk ditembusi.
Dua jaringan Bergson membolehkan beliau mencatat sejarah tersendiri untuk mendahului penjaring terbaik dengan 27 jaringan dan masih berbaki satu perlawanan. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB JDT