Tahniah Hamidin! Presiden FAM dipilih jadi Ahli Majlis FIFA 2023-2027! Positif bagi bola sepak negara!

Published by
KitaReporters


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin antara salah seorang calon yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada 1 Februari 2023.

Datuk Hamidin telah menawarkan diri dalam pemilihan Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Manama, Bahrain dan ini ternyata memberi hasil positif apabila berjaya berada dalam badan FIFA. 

Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai yang lain turut berminat untuk berada di kerusi tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan persatuan FAM

Kredit Foto : FB FAM 



Namun mungkin rezeki sudah tertulis untuk Hamidin apabila beliau berjaya peroleh 30 undian dan berjaya berada dalam ahli majlis badan induk FIFA itu. 

Sebanyak 7 calon bertanding dan Presiden FAM berjaya berada di tempat kelima daripada keseluruhan. 

Pemilihan ini adalah satu langkah positif bagi bola sepak di Malaysia untuk bekerjasama dengan FIFA pada masa akan datang. 

Mungkin juga dengan adanya wakil Malaysia, kejohanan melibatkan FIFA dapat diadakan di negara kita. Secara tidak langsung ia membantu mempromosikan lagi Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara. - KitaReporters


15
13
0
10
0

Copy Link: