EPL 2022-23: Arsenal gayat di puncak liga? Dahului dengan 8 mata! Kian cerah untuk rangkul kejuaraan!

Published by
KitaReporters


ARSENAL terus melebarkan jarak dengan pesaing mereka selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022-23 pada 16 Januari 2023.

Kemenangan tersebut juga membuatkan mereka kini mendahului 8 mata dan semakin cerah untuk merangkul kejuaraan liga setelah kali terakhir melakukan pada tahun 2003-2004.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan EPL


Pertembungan dua gergasi ini dalam aksi derbi utara ternyata lebih memihak kepada Arsenal apabila tampil dengan prestasi begitu baik berbanding Tottenham.  

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan selepas penjaga gol tuan rumah, Hugo Lloris gagal menangkap kemas hantaran Bukayo Saka dan menyebabkan berlaku gol sendiri pada minit ke-14.

Arsenal yang berada di prestasi terbaik terus menekan barisan pertahanan Tottenham untuk memburu gol kedua. 



Martin Odegaard terus mengukuhkan kedudukan untuk gol kedua pada minit ke-36. 

Tottenham cuba bangkit pada separuh masa kedua namun mereka gagal mencari gol. Biarpun beraksi di tempat sendiri, ia tidak memberi kelebihan buat pasukan ini. 

Kekalahan ini menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte berada di kedudukan kelima liga. 

Sementara bagi anak buah Mikel Arteta, jika mereka terus konsisten dan peluang untuk muncul juara terbuka luas setelah kian lama tidak merasai Piala EPL. 

Namum begitu, dengan aksi liga masih panjang, sudah pasti akan lebih banyak drama serta perubahan kedudukan liga akan berlaku dan ini menyeronokkan lagi peminat bola sepak dunia. - KitaReporters


5
11
0
19
0

Copy Link: