Pulihara, pupuk seni gamelan Istana Terengganu! Konsert Gamelan Cilik 2023 persembah 73 alat gamelan!
Published byPersembahan muzik gamelan Terengganu mendapat sambutan penduduk tempatan
KONSERT Gamelan Cilik 2023 yang menampilkan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan mempersembah pelbagai jenis kebudayaan, tarian, muzik dan lagu-lagu tradisional rakyat Terengganu menarik perhatian peminat seni dan budaya negeri itu.
Program anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang julung kalinya diadakan itu mendapat sambutan penduduk negeri itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal kebudayaan
Pelajar sekolah Terengganu mempersembahkan muzik gamelang
Konsert yang berlangsung di Kampung Budaya Terengganu pada Sabtu 11 Febuari 2023 itu turut disenaraikan dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu.
Menerusi konsep berwarna warni itu seramai 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan buah sekolah negeri itu terpilih mengambil bahagian.
Sebanyak 73 jenis alatan muzik gamelan pada satu masa dipersembah dan menampilkan lagu-lagu dan tarian seperti Timang Burung, Topeng, Togok, Nongga dan Ulek Seri Rama.
Antara alatan muzik gamelan adalah Keromong, Gambang, Saron Pekin, Saron Baron, Saron Demong, Kenong, Gong Agong dan Suwukan.
Antara kumpulan pelajar yang mengambil bahagian dalam Konsert Gamelang Cilik 2023
JPNT percaya pastinya orang ramai, terutama pelajar sekolah dan golongan muda masih lagi tidak mengenali, belum pernah melihat dan tidak pernah mendengar nama-nama dan jenis peralatan gamelan itu.
Menyedari hakikat itu, JPNT dengan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersama-sama menganjurkan program ini bertujuan mengimbau kembali zaman kegemilangan Seni Gamelan Tradisi Istana Terengganu.
Pada masa sama mahu memastikan kesinambungan serta kelestarian kesenian ini sentiasa dipulihara dan melahirkan pelapis dan generasi pewaris.
Muzik gamelang tetap menjadi pilihan rakyat Terengganu
Pengerusi PUSPANITA Negeri Terengganu, To' Puan Nor Zaini Abdul Latif, yang hadir merasmikan program itu berkata, Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai alat muzik gamelan yang kian lama menyepi.
“Dengan menampilkan lagu-lagu dan tarian seperti Lambang Sari, Topeng Togok Nongga dan Ulek Seri Rama,” jelasnya.
Terdahulu katanya, gamelan merupakan satu tarian yang dipersembah di Istana sahaja sehingga menyebabkan ia makin pupus.
Nor Zaini Abd Latif melakukan simbolik perasmian
Ahli PUSPANITA yang hadir menyaksikan persembahan konsert cilik 2023
Justeru itu, pihaknya telah menerapkan ilmu gamelan ini kepada para pelajar dari segi bermain alat muzik dan tarian supaya seni gamelan ini tidak putus.
"Untuk rekod, melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pihaknya telah dapat membimbing beberapa buah sekolah dalam memartabatkan seni gamelan.
“Secara tidak langsung dapat melahirkan pelapis yang dapat menguasai ilmu tersebut,” katanya. - KitaReporters
Aksi seorang penari cilik
Peserta begitu khusuk memainkan alat muzik gamelang