Video| Ayu Ting Ting terus menjanda! Putuskan pertunangan demi masa depan! Tapi tetap nanti jodoh!
Published byPenyanyi dangdut popular Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak, 32, nampaknya terpaksa terus hidup menjanda.
Dia bertunang dengan pegawai tentera udara Indonesia, Kolonel Muhammad Fardana Sharsyi Akib, 31, pada Februari 2024. Dan ikut perancangan sepatutnya berkahwin pada November 2024. Kedua-duanya ditunangkan oleh keluarga kerana mereka saling mengenali.
Ayu menyatakan demikian dalam bualan eksklusif pada awal program bual bicara Brownis di TransTV, Jakarta pada tengah hari Selasa, 2 Julai 2024. Program ini dapat disaksi di seluruh dunia melalui Internet.
Namun pemutusan secara rasmi oleh keluarga telah dibuat pada 27 Jun 2024 iaitu menunggu ibu bapanya, Umi Kalsom dan Abdul Rozak balik menunaikan ibadat haji. Atas persetujuan orang tua, Ayu tidak perlu mengembalikan 14 barang hantaran yang diterima.
Dana yang berpengkalan di markas tentera di Jember, Jawa Timur kini ditugaskan di Papua, wilayah paling timur di Indonesia.
Dalam program Brownis, Ayu menyatakan tetap ingin berkahwin lagi dan berharap akan mendapat calon suami yang sesuai untuk hidup bersama sehingga akhir hayat. Ayu punya masa silam yang kurang baik.
Bercinta ketika nama sedang meningkat, dia menjalin hubungan dengan anak pegawai tinggi polis bernama Henry Baskoro Hendarso. Lebih dikenali sebagai Enji dan berkahwin setelah hamil.
Namun setelah anak itu lahir, kedua-duanya bercerai dan Ayu tidak membenarkan Enji menziarahi anak itu. Malah Ayu memberi nama Bilqis Khuzaimah dengan berbinti ayahnya Abdul Rozak.
Sepanjang hidup menjanda, Ayu telah menjalani hubungan cinta dengan beberapa selebriti dalam dan luar termasuk yang bukan beragama Islam seperti Boy Williams namun tiada yang kekal.
Rakan hosnya Iwan Gunawan Putra yang juga seorang pereka fesyen terkenal dan kini bertaraf jutawan masih menaruh harapan untuk memiliki Ayu.