Video| Lain daripada lainlah abang motor ni! Trick nak cepat, mudah basuh helmet! Tersangat kreatif!
Published bySELALUNYA bila cermin sisi atau bahagian hadapan berkabus pasti akan membuatkan penglihatan kita terbatas dan sangat membahayakan lagi-lagi ketika sedang memandu.
Tak kiralah motosikal ke kereta, dua-dua berbahaya jika cermin berkabur dan tidak dicuci.
Oleh sebab itu, tular sebuah video dalam TikTok memaparkan seorang lelaki yang sedang mencuci helmet (topi keledar) dipakainya sehingga mencuri perhatian ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penggunaan topi keledar
Dari video ini, dilihat lelaki tersebut sedang membasuh helmetnya di sebuah stesyen minyak menggunakan sabun dengan bersungguh.
Lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut dilihat menggunakan peralatan pengelap yang disediakan di stesen minyak semasa memakai helmet bagi membersihkannya.
Bersungguh-sungguh dia tenyeh cermin helmetnya untuk mendapat keselesaan. Apa pun, idea bro bagi ni bijak sangat. Boleh cuba juga selepas ini! - KitaReporters