Video| Nak duit raya RM5, RM10? Iqbal bagi duit kepada siapa yang sapanya! RM100k untuk duit raya!
Published byNAMA dan wajah Iqbal Zulkefli (Ahmad Iqbal Zulkefli), 27, semakin dikenali selepas dia melamar bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV).
Dia kemudian tampil dengan single pertama ‘Hujan’ pada November 2021 dan menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam Big Stage 2022 pada Februari 2022.
Dia juga kerap muncul di TV bagi mempromosi produk minyak wangi jenama IBA Perfume.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ahmad Iqbal Zulkefli
/
Kini Iqbal membuat satu lagi sensasi. Dia memberi peruntukan RM100 ribu untuk duit raya. Sebahagian daripada duit raya itu akan diberikan kepada orang ramai yang menegurnya.
Menurut Iqbal sebelum popular pun dia sudah memperuntuk sekitar RM20 ribu untuk duit raya dalam kalangan keluarga dan saudara-mara.
Untuk Aidilfitri tahun 2022 ini, Iqbal menyediakan RM50 dan RM100 kepada orang tua-tua serta orang fakir miskin. Sementara untuk orang ramai yang menyapanya, dia akan memberi sekurang-kurangnya RM5 atau RM10 seorang.
"Jangan pula mahu berjumpa dengan saya hanya kerana mahu duit raya, sedih saya. Siapa yang kecam hari itu duduk diam-diam ya," kata Iqbal dalam laman sosialnya.
/
Pemilik Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif, Pusat pendidikan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini selain menceburi bidang perniagaan kosmetik, turut cuba terbabit dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Namun sayangnya kemunculannya dalam bidang lakonan terbantut. Ini kerana lakonan pertamanya dalam drama bersiri ‘Perempuan Itu’ masIh tidak dapat ditayang di TV3 atas sebab-sebab tertentu.
Dari segi nyanyian, Iqbal ingin serius. Selepas menghasilkan single pertama ‘Hujan’ pada November 2021, Iqbal telah membuat single kedua ‘Undur Diri’ di Jakarta, Indonesia. ‘Undur Diri’ dicipta melodi dan liriknya oleh Iqbal sendiri. - KitaReporters