RAMAI rakyat Malaysia menanti-nantikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 ini yang akan disambut dengan pelonggaran sekatan COVID-19

Sun Life Malaysia – syarikat penyedia insurans hayat dan takaful keluarga – telah memperkenalkan sebuah lagu dan muzik video raya istimewa yang bertajuk ‘Lagu Raya Buatan Malaysia’, untuk memeriahkan lagi suasana perayaan.  

Diberi nama ‘Lagu Raya Buatan Malaysia’, iramanya berentak kontemporari disulami lirik yang diinspirasikan oleh ulasan rakyat Malaysia tentang apa yang menjadikan raya lebih bermakna.

Melodinya memang melekat dalam ingatan serta dinyanyikan bersama penampilan khas penyanyi-pelakon terkenal Malaysia, Nabila Razali.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu raya


Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, dalam satu kenyataan media pada 25 April 2022 berkata: “Dengan pelonggaran sekatan pergerakan dan pembukaan semula sempadan, musim raya kali ini pasti lebih meriah dan amat dinanti-nantikan. 

"Seperti cogan kata kami, Life’s Brighter Under the Sun (Hidup Lebih Cerah Di Bawah Sinar Mentari), kami berusaha untuk menjadikan hidup ini lebih sihat dan cerah. 

"Muzik sentiasa menceriakan suasana dan kami berharap raya 2022 akan lebih riang dan meriah menerusi lagu raya yang menarik ini. Pada masa yang sama, kami ingin mengingatkan para pelanggan dan semua rakyat Malaysia tentang kepentingan meluangkan masa dengan orang tersayang.” 



Untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat Malaysia, Sun Life Malaysia sebelum ini telah menganjurkan satu peraduan untuk meninjau pandangan orang ramai mengenai ‘apakah yang menjadikan raya mereka lebih bermakna?’ – dan antara jawapan popular ialah balik kampung, memakai baju raya baharu, meluangkan masa bersama saudara-mara dan menjamu kuih raya.  

Para peserta yang berkongsi pandangan menerusi peraduan tidak mengetahui bahawa ulasan mereka akan diadaptasi menjadi lirik lagu raya, menjadikannya ia satu kejutan tersendiri bagi mereka yang terpilih!  

Mengulas mengenai kerjasama ini, Nabila Razali, dalam kenyataan yang sama, berkata: “Selain daripada makanan, lagu-lagu raya juga mencerminkan semangat menyambut Syawal dengan penuh keriangan. 

"Saya berbesar hati untuk berganding bahu bersama Sun Life Malaysia untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan pada musim perayaan ini. 

"Saya berharap ‘Lagu Raya Buatan Malaysia’ akan menjadi lagu raya yang tidak lapuk ditelan zaman dan terpahat dalam ingatan orang ramai setiap kali kita beraya.”  - KitaReporters


25
20
0
8
0

Copy Link: