PEMILIK nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 25, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Amir Masdi, sewaktu menjuarai program realiti Akademi Fantasia 2016 bukanlah penyanyi yang begitu popular sehinggalah single keempatnya, “Kau Sakiti’ berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, pada Mac 2021 lalu.

Sejak itu, nama Amir Masdi terus dikenali ramai namun seperti insan seni lainnya, tempoh selama lebih kurang 2 tahun negara diserang wabak COVID-19, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sokongan penyanyi seperti Amir.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Amir Masdi



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dalam negara sejak tahun lalu (2020) benar-benar mengubah landskap kehidupan sehingga segala apa yang menjadi kebiasaan sebelum ini berubah dengan amalan cara norma baharu.

Itu belum ambil kira situasi di mana PKP yang dikuatkuasakan seperti ‘penjara’ buat segelintir pihak sehingga menjadikan emosi mereka terganggu apatah lagi buat mereka yang tinggal seorang diri dan berjauhan daripada keluarga.



Menyedari situasi sedemikian, memberikan inspirasi kepasa Amir untuk menghasilkan sebuah lagu yang mesejnya memperlihatkan bagaimana seseorang yang berdepan saat getir dalam kehidupan sepanjang PKP memotivasikan diri agar mampu keluar dari permasaalahan dilalui.

“Diakui sepanjang PKP memang ramai rakan, kenalan dan peminat saya yang tinggal seorang diri dan terkesan. Kebanyakan mereka memang tinggal berjauhan dengan keluarga.

"Disebabkan itu, mereka sunyi dan cepat ‘down’. Semua perkongsian mereka itu saya jadikan inspirasi untuk lagu ‘Esok’ dan seterusnya digambarkan melalui video muzik  saya,” ujar Amir yang baharu sahaja melancarkan video muzik ‘Esok’ pada Jumaat, 19 November 2021 lalu.



Tidak menafikan perkara sama dilaluinya dalam tempoh berkenaan, Amir bagaimana pun tidak merelakan dirinya sunyi, bosan dan rasa ‘down’ kala keseorangan sehingga perasaan negatif itu menghantui dirinya.

“Saya cuba berfikiran positif dengan dibantu sokongan moral oleh orang-orang tercinta sekeliling khususnya peminat yang sentiasa berkomunikasi melalui platform sosial,” cerita Amir mengenai timbulnya idea mencipta lagu ‘Esok’ bersama Shazee Ishak dan Audi Mok.




Merupakan single ke-8 beliau selepas “Pemilik Cinta”, “Waktu”, “Puas”, “Kau Sakiti”, “Asmara”, “Biru Malam”  (bersama Chubb-E) dan “Hari Ini Hari Raya”, lagu ‘Esok’ bergenre moden rock terbitan syarikat rakaman Nova Music dirakam sejak awal tahun dan dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2021 lalu tetapi cuma kini dilancarkan video muziknya untuk menggambarkan dengan jelas mesej di sebalik lagu.

Menariknya, dalam video muzik ini Amir melakonkan watak individu yang melalui fasa sukar ketika PKP selain menampilkan sejumlah besar ahli kelab peminatnya yang dikenali sebagai AMpire.



“Menerusi video muzik ini, saya yang berlakon seorang diri sebab memang nak nampakkan situasi PKP itu. Tapi saya ada masukkan babak panggilan video secara virtual dengan peminat. Sebab ini mesej yang nak disampaikan yang mana walaupun PKP terpaksa duduk seorang diri, ternyata menjadi Amir Masdi masih ada yang ambil kisah pada kita,” katanya.

Bercerita lanjut Amir memberitahu, ‘Esok’ turut diinspirasi daripada kisah beberapa kenalan dan cerita yang disampaikan oleh peminat menerusi mesej DM dalam Instagram.

“Kebanyakan mereka memang tinggal berjauhan dengan keluarga. Disebabkan itu, mereka sunyi dan cepat ‘down’. Semua perkongsian mereka itu saya jadikan inspirasi untuk dipaparkan dalam muzik video ini. 

“Sebelum menulis jalan cerita MV ini, saya cuba membayangkan bagaimana jika saya berada di tempat mereka. Apa yang saya rasa, bagaimana kehidupan saya dan banyak lagi bermain pada fikiran. Dari situ, saya letakkan diri dalam diri orang lain sekali gus cuba fahami perasaan yang dilalui,” tambah Amir.



Sambungnya, beliau bersyukur kebanyakan yang berkongsi cerita tidak ada yang sampai mahu bertindak di luar batasan. 

“Mereka hanya luahkan rasa kurang semangat, sedih, emosi terganggu dan tak cukup duit untuk ‘survive’. Semua itu menyebabkan emosi terganggu. Malah, ada orang yang saya kenal jenis ‘happy go lucky’, tapi masa PKP emosinya menjadi ‘down’,” katanya.

Sejak dilancarkan, Amir gembira apabila singlenya itu mendapat maklum balas positif baik dari kalangan peminat mahupun rakan artis dan pemuzik. apatah lagi nilai sentimental di sebaliknya malah ‘Esok’ bukan sepenuhnya ‘trademark’ lagu daripadanya, sebaliknya ada sisi berbeza yang diketengahkan.

Lagu “Esok” kini  berada di dalam carta Top 40 stesen radio popular Era FM dan Suria FM, dan playlist utama perkhidmatan streaming muzik Spotify, Apple Music dan Joox.  - KitaReporters.


13
16
0
11
0

Copy Link: