Adiba mohon maaf tak dapat tolong! Barang kemas pun digadai!
Published bySEDIA maklum, semua orang terkesan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Ramai yang hilang punca pendapatan termasuklah golongan artis dan selebriti. Bantuan kerajaan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung. : KitaReporters
Rezeki Adibah selepas PKP apabila terlibat dengan drama kegemaran ramai, Kampung People 2.
Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:
https://kitareporters.com/tag/penyanyi
Kini, setelah banyak sektor ekonomi telah dibuka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, ia memberi sedikit kelegaan buat semua orang.
Antara yang kini boleh menarik nafas lega ialah penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Adibah Noor apabila mula menerima tawaran menyanyi dan berlakon.
Sungguhpun begitu, bukan bermaksud dia kini hidup
mewah setelah menerima tawaran dalam bidang yang diceburinya.
Menurut Adibah menerusi laman Twitternya, rezeki
yang diperolehinya kini hanya cukup ‘makan’ sahaja. Namun, dia tetap bersyukur
dengan rezeki yang diterima.
Berkongsi video penjelasannya tentang rezeki dan beberapa pihak yang meminta pertolongannya dari segi kewangan, Adibah berterus-terang dia tidak mampu melakukannya.
Malah dia, sendiri terpaksa menggadai barang kemas
miliknya kerana tiada sumber pendapatan ketika PKP bagi menampung kehidupan.
“Video ini adalah untuk memberi gambaran yang sebenar tentang keadaan kewangan saya sebab adalah juga di dalam direct message ramai insan yang meminta pertolongan kewangan.
“Mana yang boleh saya bantu dan sempat bantu memang kita akan bantu.
"Tetapi beginilah ceritanya ya. Orang seperti saya yang bekerja dalam bidang seni, yang berada di depan lensa kamera, yang berada di atas pentas memang nampak macam mewah.
“Tapi hakikatnya masa PKP dulu memang saya tiada pekerjaan langsung yang mengakibatkan saya tiada pendapatan.
"Dalam PKPP ni barulah nak dapat job sikit-sikit. Namun, harga yang diberikan tidaklah semewah harga sebelum pendemik COVID-19.
“Saya ambil je apa-apa job asalkan ada pendapatan.
"Tetapi saya tak malu untuk memberitahu yang memang banyak benda saya dah jual seperti rumah dan gadai barang kemas.
"Saya tak malu untuk beritahu yang saya juga mengalami kesusahan dan kesukaran daripada segi kewangan.
“Saya nak bagi tahu kepada yang memohon belas kasihan dan bantuan, saya tak dapat nak bantu sebab saya baru nak dapat job,” jelasnya.
Sementara itu, netizen turut bersimpati dan faham dengan apa yang dilalui Adibah. Malah ada yang sedih mendengar penjelasan ikhlas daripadanya.
“Luluh hati dengan luahan Adibah. Ramai faham situasi ramai artis ketika ini. Pendemik ini terkesan pada semua orang. Harap peminat faham. The struggle is real,” tulis salah seorang netizen.
Dari pemerhatian, sebenarnya Adiba sudah banyak menolong para peniaga dalam talian dengan mengulang mesej perniagaan mereka dalam Twitter miliknya.
Ini secara tidak langsung, Adibah telah mempromosi perniagaan mereka kepada orang ramai khususya pengikut dalam media sosial. - KitaReporters