Berita Terkini| Rentas daerah tanpa kebenaran! 11 dikompaun RM5k! Sekatan jalan Ops Khas Rentas
Published byPOLIS Baling melakukan sekatan jalan raya (SJR) bergerak Ops Khas Rentas di beberapa kawasan bersempadan Baling -Kuala Muda. - Kredit Foto: Facebook rasmi Balai Polis Baling.
GARA-gara merentas daerah tanpa kebenaran polis, sebelas individu masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin
Mamat berkata, anggotanya melakukan sekatan jalan raya (SJR) bergerak Ops Khas Rentas
di kawasan Kampung Kuala Lesong, Kuala Ketil bermula jam 5 petang pada Sabtu, 15 Mei
hingga 12 malam tadi.
Pemantauan di kawasan bersempadan Baling dan Kuala Muda itu, mendapati masih ada pengguna jalan raya ingkar dengan perintah yang dikeluarkan berkaitan larangan merentas daerah.
"Ketika pemantauan dibuat, kita mendapati 10
lelaki dan seorang wanita tidak mematuhi SOP PKP kerana merentas daerah tanpa
kebenaran pihak berkuasa.
"Semua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun
didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan
Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
"Berikutan itu, mereka dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang dan sekiranya kompaun dibayar dalam tempoh tujuh hari, mereka akan mendapat potongan 50 peratus daripada jumlah dikenakan," katanya dalam kenyataan di Baling, Kedah pada Ahad, 16 Mei 2021.
Sehubungan itu Shamsudin menasihat orang ramai supaya
mematuhi segala SOP bagi memerangi penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
KESEMUA yang dikompaun dikenakan membayar kompauan berkenaan dalam tempoh tujuh bagi mendapatkan potongan 50 peratus. - Kredit foto: Bernama