Video| Akibat hobi suka intai anaknya mandi! Bapa sanggup rogol anak kandung berumur 13 tahun!

Published by
KitaReporters

POLIS Cianjur menyiasat dakwaan seorang bapa, JNL memperkosa anak gadisnya yang di bawah umur.- Kredit Foto : Tribunnews.com. 


AKIBAT hobinya suka mengintai anak mandi telah mendorong nafsu seorang bapa sehingga tergamak dan sanggup merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun di Kampung Sukamaju, Cianjur, Jawa Barat

Bapa terbabit yang dikenali, JNL, berumur 38 tahun, kini telah ditangkap oleh pihak polis pada 21 Mei 2021 lalu atas perbuatan terkutuk itu dan suspek mengaku sering mengintai mangsa sedang mandi di celah lubang di bilik air di rumahnya.

Pada mulanya, bapanya hanya jarang-jarang sahaja mengintai anaknya mandi di bilik air itu tetapi akhirnya menjadi ketagih dan boleh dikatakan setiap hari JNL mengintai anaknya mandi.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan rogol

SUSPEK bapa kandung, JNL. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Akibat perbuatan itu telah menyebabkan JNL semakin tertarik pada tubuh badan mangsa dan telah membangkitkan nafsunya untuk melakukan hubungan intim dengan anaknya sendiri sebanyak dua kali, kata Ketua Polis Daerah Cianjur, APK Mochamad Rifai.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada Januari 2021 dan Februari 2021 lalu dan pada mulanya, mangsa tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk tetapi disebabkan JNL pandai memujuk serta merayu akhirnya mangsa mengalah pada bapanya.

Ketika kejadian itu, suspek hanya tinggal dua beranak sahaja di rumah mereka, manakala isteri suspek yang baharu dikahwini tiada di rumah kerana bekerja di tempat lain sebagai pembantu kedai makan.

Mangsa merupakan anak kandung suspek dan ibu mangsa telah berpisah dengan bapanya sebelum bapanya berkahwin dengan isteri baharu yang bekerja pembantu kedai itu.



Tribunnews.com pada 24 Mei 2021 lalu dipetik melaporkan, suspek ditangkap polis selepas ibu kandung mangsa membuat laporan di Balai Polis Cianjur apabila mangsa mengadu kepada ibunya bahawa alat sulitnya selalu sakit setiap kali mangsa membuang air kecil.

Setelah ditanya ibunya baharulah gadis itu menceritakan kejadian malang yang sebenarnya menimpa ke atas dirinya yang dipaksa oleh bapanya untuk melakukan hubungan seks.

Mochamad Rifai berkata, suspek juga mengaku ketiadaan isterinya yang telah lama meninggalkannya dan hidupnya kesepian  kerana isteri bekerja berjauhan itu juga telah membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

``Dia (bapa) sudah lupa apa yang dilakukan itu adalah anak kandungnya sendiri yang sepatutnya suspek sebagai bapa kandung seharusnya menjaga kehormatan anak gadis itu.

``Suspek akan didakwa di bawah pasal 2 ayat 23 dan pasal 82 ayat 1, 2 Undang-Undang dari nombor 17 tahun 2006 atau sebagai penganti Undang-Undang Republik Indonesia (RI) nombor 23 tahun 2002 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun,’’ kata Mochamad Rifai.

Bagaimanapun, katanya, suspek merupakan bapa kandung kepada mangsa itu kemungkinan hukuman penjara akan ditambah lagi. - KitaReporters


Kredit foto: YouTube Angin Kidul

2
0
2
2
11

Copy Link: