Aryan semasa ditahan oleh pihak berkuasa. - Kredit foto: NDTV

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 55, mengunjungi Penjara Arthur Road, Mumbai pada Khamis, 21 Oktober 2021 untuk menemui anaknya Aryan Khan, 23, yang ditahan di bandar itu. 

Ia merupakan pertemuan pertama kali sejak Aryan ditahan pada 3 Oktober 2021 lalu. 

Kehadiran SRK di penjara Arthur Road mendapat liputan sejumlah media elektronik dan cetak. SRK dilihat enggan melayan petugas media dan terus masuk ke dalam kereta untuk pulang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan

SRK enggan melayan petugas media dan bergegas masuk ke dalam keretanya untuk pulang. - Kredit foto: NDTV


Pertemuan selama kira-kira 20 minit itu berlangsung dalam suasana syahdu di mana SRK dan anak sulungnya mengalirkan air mata dan disaksi oleh beberapa pegawai penjara

Pertemuan berlangsung di bilik mesyuarat penjara di mana Aryan diletakkan dalam kubikel dan perbualan secara intercom.

Sementara itu, permohonan kali kedua untuk ikat jamin Aryan telah ditolak oleh mahkamah semalam, Rabu, 20 Oktober 2021.

Rayuan jaminan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa, 26 Oktober 2021 depan. 

Menurut portal NDTV, permohonan ikat jamin Aryan Khan telah ditolak buat kali kedua, manakala rayuan jaminan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa, 26 Oktober 2021.

Aryan diwakili peguam ternama dan termahal India, Satish Manesshinde dan Amie Desai yang diupah oleh SRK. 

Aryan dijangka meraikan perayaan Deepavali di dalam penjara berikutan mahkamah akan berehat panjang pada awal November ini. Deepavali di India diraikan pada 4 November 2021.  



Pada Jumaat lalu, Aryan diberi peluang membuat panggilan video dengan ibu bapanya, SRK dan Gauri. Bersimpati dengan nasib anaknya, Gauri melarang tukang masak di kediamannya menghidangkan sebarang juadah manisan. 

Kedua-dua peguam Aryan dilaporkan akan terus mengemukakan hujah bahawa tiada penemuan sebarang jenis dadah pada Aryan sewaktu serbuan dibuat atas sebuah kapal persiaran mewah di pantai Mumbai. 

Bagaimanapun, agensi antidadah India, NCB menyatakan mereka mempunyai bukti kukuh Aryan berkemungkinan terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa. Ia berdasarkan rekod perbualan menerusi aplikasi WhatsApp milik Aryan dengan anggota-anggota kartel tersebut.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB dalam serbuan pada 3 Oktober 2021. - KitaReporters

Kredit foto: Hindustantimes.com

10
15
0
17
0

Copy Link: