KESIBUKAN kota New Zealand telah bertukar sepi ibarat "negara dilanggar garuda", dengan keadaan jalan raya yang lengang, pintu kedai yang tertutup rapat dan tiada lagi penduduk yang keluar masuk dan masih berpeleseran, selepas diisytiharkan darurat. : KitaReporters

 

New Zealand yang mula sepi.


Selama empat minggu, bermula pada pukul 12 tengah malam, Khamis, 26 Mac 2020, warga New Zealand perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baharu apabila dikehendaki berada di dalam rumah.  

Tiada lagi pejabat, bar, kafe mahupun gim.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengumumkan perintah berkurung itu demi mengikut langkah beberapa begara lain susulan peningkatan kes Covid-19 di negara Kiwi itu

Arden mengumumkan perintah darurat melibatkan seluruh negara New Zealand.


Berdasarkan laporan di sebuah laman tempatan, menurutnya, tindakan itu diambil untuk mengekang jangkitan virus ini dan memutuskan rantaiannya.

“Langkah kawalan pergerakan ini akan dikuatkuasakan tanpa kompromi.

“Semua rakyat diminta tinggal di rumah dah hanya mereka yang bertugas dalam perkhidmatan kritikal sahaja dibenarkan keluar bekerja,” katanya dalam satu sidang media pada Rabu, 25 Mac 2020 sebelum darurat berkuat kuasa.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin keluar mendapatkan sumber makanan dibenarkan keluar dan mengekalkan jarak sejauh dua meter antara mereka yang lain.

“Dengan cara ini diharap kita berjaya  memutuskan rantaian jangkitan dan membendung penularan Covid-19 itu.

Dalam pada itu, katanya lagi, rakyat New Zealand masih mempunyai ruang untuk tinggal di rumah dan memutuskan transmisi virus memandangkan penularan virus dari Wuhan, China di negara itu masih lagi di bawah paras terkawal.

“Negara kami belum tenat berbanding negara lain, namun pelbagai usaha akan dilaksanakan demi menyelamatkan nyawa rakyat,” akhirinya.

Semua dinasihatkan menggunakan prinsip - Anggap yang anda dijangkiti COVID-19. Setiap langkah anda lakukan menjadi risiko kepada orang lain,” katanya.

Kes jangkitan COVID-19 di New Zealand meningkat kepada 283, namun belum ada kematian direkodkan setakat ini. - KitaReporters


1
0
1
0
0

Copy Link: