Kian kurus! Kak Girl nafi melaram sakan selepas bergelar ‘J’
Published bySATU perkembangan yang positif dan contoh baik ditunjukkan oleh beberapa orang artis dan selebriti apabila berjaya mengurangkan berat badan. Maklumlah, rakyat Malaysia memang terkenal dengan kadar obesiti yang tinggi. Obesiti boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit kronik. : KitaReporters
Sebagai figura umum yang menjadi perhatian, perubahan tersebut memberi impak yang sihat kepada para peminat untuk mengikutinya.
Antara artis dan selebriti yang berjaya mengurangkan
berat badan dan viral dalam media sosial ialah antaranya Zulin Aziz, Man Raja
Lawak dan juga Kak Girl.
Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan,
31, merupakan pelakon, bekas penyampai radio dan personaliti media sosial.
Pada tahun 2016, dia mula mendapat perhatian dan dikenali apabila video parodi lip-sync ala-ala Bollywood tular dalam media sosial.
Lebih mengagumkan, dalam sebuah video lip-syncnya untuk lagu Bole Chudiyan dari filem Kabhi Khushi Kabhie Gham bersama bekas suaminya telah menarik perhatian pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.
Aksi lucu dan bersahaja Kak Girl bersama bekas
suaminya itu terus mendapat perhatian. Namun, jodoh mereka tidak panjang
apabila bercerai talak satu pada Oktober 2019.
Terbaharu, nama Kak Girl kembali disebut-sebut
apabila dilihat semakin kurus berbanding ketika mula-mula dikenali.
Namun apa yang tidak sedap didengar, ada yang mendakwa Kak Girl mula pasang badan selepas bergelar ‘J’ (janda).
Tidak mudah melatah dengan cakap-cakap orang, Kak Girl yang dikenali sebagai wanita ‘happy go lucky’ menganggap ia sebagai asam garam kehidupan terutama apabila kembali solo.
Ketika ditemui wartawan KitaReporters, wanita
berasal dari Johor ini menjelaskan perubahan dirinya itu bukan disebabkan
kembali solo tetapi ada sebab yang lain.
Badan Kak Girl kini kelihatan susut berbanding ketika mula-mula dikenali dulu.
“Dulu berat saya 140 kilogram dan sekarang 106.
"Saya bertekad untuk mengurangkan berat badan selepas satu kejadian ketika berhenti di hentian rehat dan rawat untuk menunaikan solat.
“Ketika itu ada beberapa orang makcik turut solat. Walaupun
mereka sudah berumur, tetapi masih boleh solat dalam keadaan sempurna. Sedangkan
saya yang masih muda daripada mereka, terpaksa menggunakan kerusi untuk solat.
“Saya mula tersedar dan terfikir untuk mengurangkan
berat badan agar dapat menunaikan solat dengan sempurna.
“Jadi, berat badan saya susut ini bukan disebabkan saya kembali solo atau apa, tetapi sebab itu,” ceritanya.
Memandangkan keadaanya yang kelihatan semakin susut,
ramai peminat teruja untuk mengetahui rahsianya. Menurut Kak Girl, selain
menjaga pemakanan dan melakukan senaman ringan, dia juga mengamalkan makan
makanan tambahan yang dikenali sebagai Susutt.
Sejak mengambil produk tersebut sejak Januari 2020, hasilnya dapat dilihat pada hari ini.
Kini, Kak Girl giat mempromosikan produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi itu dalam media sosialnya.
Kak Girl kini gigih mempromosikan produk Susutt kepada pengikutnya dalam media sosial.
Bukan itu sahaja berita gembira yang dikongsi oleh Kak Girl tetapi ada satu lagi.
Menurut Kak Girl, hidupnya kini kembali ‘berbunga-bunga’ setelah kehadiran seorang lelaki. Lebih mengejutkan, mereka bakal melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat ini.
“Alhamdulillah kini hidup saya menjadi lebih bermakna dengan kehadiran seorang lelaki yang sebenarnya sudah lama saya kenal. Dia juga orang Johor dan merupakan abang kepada kawan saya.
“Dia seorang duda anak dua. Saya kenal dia sejak saya berumur 14 tahun lagi. Keluarga kami memang saling kenal-mengenali.
"Bibit percintaan mula muncul ketika saya tersangkut di Johor akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Insya-Allah kami akan melangsungkan pertunangan pada 28 Jun (2020) ini. Kalau tiada aral melintang, kami bakal berkahwin awal tahun hadapan,” jelasnya.
Wah, tahniah Kak Girl!
Selepas ini bolehlah Kak Girl sambung buat video lip-sync lagi bersama suami baharu pula! Yelah, sudah lama tak lihat video yang pernah menjadi viral sampai ke negara India itu.
Mungkin Shah Rukh Khan dah rindu aksi Kak Girl!! - KitaReporters