Berita Terkini| Borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani! Polis buka kertas siasatan!
Published byBorang rentas negeri kosong yang telah siap ditandatangani tular dalam media sosial.
POLIS kini sudah membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong telah ditandatangani ketua polis balai dan dicop oleh pihak berkuasa berkenaan.
Borang tersebut tular sejak 7 April 2021 dalam laman sosial setelah dimuat naik oleh seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai namun berlaku penipuan pada ruangan tandatangan yang ditandatangani pegawai terbabit.
"Berdasarkan siasatan awal dijalankan kita dapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan pada borang tersebut.
"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita yang mahu ke Kuala Lumpur pada 8 April 2021 bagi hadiri temu duga mendapatkan pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan media pada 8 April 2021. - KitaReporters