Video| Siti Saleha bercerai talak satu! Belum terfikir cari pengganti! Nak tumpu bidang lakonan!
Published by
KitaReporters
--title--
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi ketika mengucap janji setia pada 28 Julai 2017
KETIKA perkahwinan kira-kira 3 tahun lalu, pasangan ini impikan perkahwinan kekal dan hanya ajal yang dapat memisahkan dan punya 11 anak, namun ia tidak kesampaian.
Cukup sampai di sini! Pelakon Siti Saleha Mohd Baharum, 31, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Isnin, 17 Januari 2022.
Perceraian berlangsung secara baik di mana Ahmad Lutfi melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira jam 10.30 pagi.
Lagi cerita-cerita duka berkaitan perceraian
Belum memikirkan pengganti, tumpu bidang lakonan
Siti Saleha yang popular dengan drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku 1 & 2’ memfailkan penceraian pada 13 Oktober 2021 kerana krisis rumah tangga.
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan anak.
Siti Saleha ditemani ibu bapanya bagi mendengar prosiding.
“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa. Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih.” kata Siti Saleha kepada petugas media yang mrmbuat liputan.
Dengan status janda, Siti Saleha menyatakan dia akan memberi tumpuan ke bidang lakonan dan belum bercadang mencari penganti. - KitaReporters
12
8
1
10
0