TERGAMAKNYA si isteri itu pulang ke rumah bersama teman lelakinya (berseluar putih) untuk menziarahi suaminya yang sedang sakit. - Kredit foto : TikTok Sehen Ki Agoeng


TIDAK dapat dibayangkan betapa hancurnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu kandung pulang bersama teman lelakinya ketika ayahnya sedang sakit tenat dan terlantar di atas tilam di rumahnya.

Apa yang menyedihkan lagi, wanita terbabit tergamak pula memberitahu bahawa dia akan menikahi lelaki yang dibawa pulang itu tidak lama lagi menyebabkan anak tersebut menangis teresak-esak sambil mengenangkan nasib ayah kandungnya teramat malang. Sudahlah dia sakit,isterinya pula akan bernikah dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kesalahan berselingkuh

SEORANG anak menangis di sisi ayahnya selepas mendengar ibu kandung memberitahu dia akan menikah dengan lelaki lain tidak lama lagi. - Kredit foto: TikTok Sehen Ki Agoeng



Kisah nyata itu dipercayai berlaku di Indonesia menjadi viral dalam media sosial yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang bernama Sehen Ki Agoeng,baru-baru ini. 

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang ayah yang sedang sakit  di rumahnya.

Ia juga kelihatan  wanita itu yang memakai baju berwarna biru dan berkain batik bersama teman lelakinya berada di rumah itu hanya sekejap sahaja untuk menziarahi suaminya yang terlantar sakit berada bersama anaknya dan selepas itu mereka berdua berlalu dari situ meninggalkan rumah itu.


 

Kredit foto : TikTok Sehen Ki Agoeng


Namun, derita hati yang terpaksa dialami lelaki terbabit bertambah parah lagi setelah isterinya pulang ke rumah disangkakan akan menjaganya  yang sedang sakit tenat itu tetapi tidak sebegitu sebaliknya wanita itu sampainya hati mengatakan kepada suaminya serta anak-anaknya bahawa dia akan menikah dengan pasangan selingkuhnya tidak lama lagi. 

Pengakuan wanita itu telah membuatkan anaknya merasa sedih dan menangis tidak henti-henti akibat perbuatan ibu kandungnya yang tidak bertimbang rasa yang akan bernikah dengan lelaki lain sewaktu ayahnya sedang sakit tenat. 


Kredit foto : TikTok Sehen Ki Agoeng


Portal Tribunnewsmaker.com dipetik melaporkan, sebelum kejadian itu dikatakan wanita itu telah lari dari rumah untuk tinggal bersama kekasihnya menyebabkan anak lelaki berkenaan beberapa kali menelefon ibunya supaya pulang ke rumah kerana ayahnya selalu bertanya pasal wanita itu yang  tiada di sisinya.

Akhirnya, selepas didesak dan dipujuk rayu anaknya maka wanita itu bersetuju untuk pulang ke rumah tetapi tidak disangka kepulangan wanita itu  bersama teman lelakinya yang menjadikan semakin parah derita penyakit yang ditanggung oleh suaminya.

“Sang ayah sedang  sakit tenat, sang anaknya meminta ibu kandungnya pulang kerana wanita itu telah meninggalkan rumah dan tinggal bersama kekasihnya,’’ katanya di vedio tersebut.

Suaminya itu kemudian mengatakan dia reda dan senang hati jika isterinya hendak meninggalkannya.



Sementara itu, anaknya yang berada di sisi ayahnya meminta supaya orang tuanya tidak memikirkan lagi masalah ibunya yang curang itu. 

Sebaliknya, anaknya itu berharap ayahnya dapat kuatkan semangatnya dengan dugaan Tuhan itu agar dia cepat sembuh daripada penyakit yang dihadapinya.

Dalam suasana sedih itu, anaknya tertunduk dan menangis melihat kehancuran rumah tangga orang tuanya akibat perbuatan ibu kandungnya yang tidak berperikemanusiaan.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih dua juta pengguna dan kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib lelaki itu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh isterinya ketika suaminya masih memerlukan belaian kasih sayang daripada seorang isteri dalam suaminya  situasi sedemikian.

Ia tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku tetapi berdasarkan percakapan para pelaku terbabit dalam video tersebut ia dipercayai terjadi di Indonesia. - KitaReporters




Kredit foto : TikTok Sehen Ki Agoeng

11
15
0
13
0

Copy Link: