Video| Datuk jatuh cinta lagi pada usia 65! Rombongan anak, cucu, cicit pinang janda pujaan hati!
Published byMbah Seger (bersongkok) minum berbotol air mineral untuk hilangkan kegugupan. - Kredit foto: TikTok @kbswedding
Datuk itu terpaksa minum berbotol air mineral untuk hilangkan kegugupan. Datuk yang dikenali sebagai Mbah Seger dan janda itu dipanggil Embak Pasih berusia 30-an.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha melamar
Ketika hendak melakukan lamaran yang dilakukan seorang saudaranya, Mbah Seger yang hadir sama kelihatan panik, takut lamarannya tidak diterima.
Untuk mengurangkan gementarnya, Mbah Seger minum hingga lima botol air mineral 1000 ml sepanjang urusan peminangan berlangsung.
Rombongan yang disambut baik pihak perempuan mendapat khabar bahagia apabila lamaran diterima. Bagaimanapun tidak dinyatakan mas kahwin dan barangan hantaran.
Mbah Seger yang sudah menduda sejak beberapa waktu berkenan untuk memiliki Mbak Paseh tapi takut lamarannya ditolak.
Bagi memperlihatkan kesungguhannya, Mbah Seger membawa satu rombongan yang bukan saja terdiri golongan berusia, malahan juga anak, menantu, cucu dan cicitnya hingga mencapai 50 orang.
Kerana ramainya rombongan meminang, penduduk kampung menyangka majlis penikahan yang dilangsungkan.
Pemilik akaun TikTok itu tidak menyatakan di mana acara dilangsungkan. Namun berdasarkan nama dan cara percakapan, acara itu berlangsung di salah satu tempat di pulau Jawa.
TikTok ini telah ditonton 2.5 juta kali dan ramai yang mendoakan kesejahteraan hidup bagi datuk itu dan bakal isteri baharunya itu. - KitaReporters