SEBANYAK 12 peserta misteri dengan 9  barisan juri terkenal pasti menggamatkan apabila dipertemukan pada satu pentas program realiti bagi mencari seorang juara yang bergelar ‘The Masked Singer of Malaysia’. Siapakah gerangan itu agaknya? - KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Astro:

https://kitareporters.com/search?search=astro


Yang pasti, barisan sembilan juri tetap yang ditugaskan mengadili 12 peserta misteri dalam kalangan figura popular dari pelbagai cabang seni itu terdiri daripada nama-nama hebat belaka iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.  Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal

Lebih menarik lagi, program yang menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ turut mencetuskan satu fenomena yang cukup gah apabila ia turut  diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.


“Kami akui, fenomena ‘gelombang Hallyu’ Korea Selatan cukup besar sehinggakan ia berjaya menembusi industri hiburan di persada antarabangsa. Walaupun hadir dengan perbezaan bahasa dan budaya, ia tidak membantutkan usaha kami membawa program ini ke Malaysia untuk disajikan kepada penonton Astro,” ujar Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi pada majlis pelancaran 'The Masked Singer of Malaysia' di The Linc, Kuala Lumpur pada petang semalam, 8 September 2020.

Keunikannya, ‘The Masked Singer Malaysia’ akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing hasil rekaan Akma Suriati Awang  yang memiliki lebih 49 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan fesyen.

“Akma mempunyai banyak pengalaman dalam industri fesyen, teater dan filem, dan kami amat teruja untuk melihat reaksi audiens terhadap ciptaan-ciptaan kreatif beliau,” tambah Azlin sambil memberitahu antara kostum rekaan Akma terdapat dalam beberapa teater mega seperti antaranya ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Mahsuri’ dan ‘Puteri Gunung Ledang’.

Menurut Azlin, bagi 12 peserta terlibat, hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan mereka dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara musim pertama. 



Korang mesti tertanya-tanya kan kostum rekaan bagaimanakah yang akan dipakai peserta? 

Jangan terkejut tau sebab ada 12 kostum yang akan dipakai oleh barisan peserta seperti 'Musang King', 'Nasi Lemak', 'Orang Utan', 'Rajah Brooke', ' Wau Bulan', 'Air Batu Campur',  'Burung Enggang', 'Ayam Jantan', 'Rhino Sumatera 'Reno', 'Harimau Belang, 'Rafflesia' dan 'Bunga Raya'.


Wah! Tentu masing-masing kepanasan tu apabila dipakaikan kostum berkenaan kan?

Tetapi nasib baiklah konsert mingguan  program pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri ini akan berlangsung di dewan berhawa dingin di Royal Theatre, Shah Alam mulai 18 September 2020 setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

Bezanya disebabkan Astro perlu mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP), konsert akan diadakan pada skala yang lebih kecil berbanding program-program lain seperti Maharaja Lawak Mega dan Muzikal Lawak Superstar sebelum ini.


Untuk 8 minggu berturut-turut, 12 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi sambil mengenakan kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.

Sesungguhnya sepanjang program, identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan panel juri mahu pun ratusan krew  yang terlibat waima hanya 8 orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia.

Hanya peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada akhir rancangan, di mana selepas pengumuman penyingkiran dibuat, baharulah peserta berkenaan menanggalkan topeng dan mendedahkan identitinya buat pertama kali di hadapan semua.

Wow! Rahsia sungguh ni. Siapakah mereka di sebalik kostum itu? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda?  

Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam

Sebelum konsert bermula, program ini akan dimeriahkan lagi dengan siri Live+ pada jam 8.30 malam, yang dihoskan oleh Izzue Islam bersama Elly Ariffin yang akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta, di samping berhubung bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung. - KitaReporters


45
11
3
4
10

Copy Link: