Sedangkan lidah lagi tergigit! Bella Astilah, Aliff Aziz berjanji Tetap Di Sini! Telus mencintai!

Published by
KitaReporters


SEDANGKAN lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, begitulah yang sering diperumpamakan dalam hidup berumah tangga waima sebaik-baik mana pasangan itu menjaga hubungan pasti akan berlaku jua pertengkaran sama ada kecil mahu pun besar.

Sehingga pesanan itu disampaikan oleh Biduan dan Biduanita Negara, Tan Sri P, Ramlee dan Puan Sri Saloma melalui lagu dengan tajuk sama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aliff Aziz


Kisah pasangan suami isteri ini, pelakon  dan penyanyi Bella Astillah, 28, dan Aliff Aziz, 31, tidak terkecuali ditimpa episod kelam. 

Pernah berpisah namun keintiman dan kemesraan yang dipertahankan sehingga rujuk semula membuatkan seluruh peminat mereka turut terharu dan ‘jatuh cinta’ dengan perjalanan kisah mereka malah sentiasa pula menjadi topik sorotan media.

Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka. 

Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan harapan mereka itu melalui single ‘Tetap Di Sini’.

Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella berkolaborasi dengan suami tercinta.



“Lagu ini cukup dekat dengan apa yang saya rasai dan lalui kini,” ujar Bella. atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astilla.

Menurutnya ketika proses penulisan lagu, beliau dan Alif diberi kesempatan untuk bersama menulis liriknya.

“Perasaan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang. Lagu ini lebih kepada ‘move on’ jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang,” tambah Bella.

Pelakon drama ‘Cinta Belum Tamat Tempoh’ ini  memberitahu, sewaktu proses rakaman dia rasa lebih mudah apabila ditemani Aliff dari awal sehingga tamat rakaman.

“Dan sebab lagu ni sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’ bila ada berdua,” jelas Bella walau pun akui ada pandangan yang berbeza antara mereka namun dapat diselesaikan dengan perbincangan,

Bella yang kali terakhir merakamkan lagu ‘Tenang’ pada 2020 meluahkan rasa syukur dan bertuah apabila dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berbakat dan profesional.



“Sepanjang proses rakaman dan menyiapkan lagu ini, saya bersyukur kerana setiap individu yang terbabit sangat mudah untuk bekerjasama dan ‘talented’ sekali gus menjadikan penghasilan lagu ini lancar.

Harapannya agar lagu ‘Tetap Di Sini’ mendapat tempat dalam kalangan peminat dan pendengar apatah lagi  ini lagu pertama yang menyaksikan beliau ‘feat’ bersama suaminya Aliff, Juara Gegar Vaganza musim ke-8 itu.

“Saya juga tidak sabar untuk mengetahui maklum balas daripada pendengar apabila lagu ini dilancarkan kelak. Saya terbuka dan setiap komen yang membina itu saya ambil dan jadikan rujukan pada masa akan datang,” tambah Bella sambil berulang kali memberitahu kebanyakan lirik yang dihasilkan ikhlas dari hatinya.

Mengenai video muzik (MV) 'Tetap Di Sini", Bella berkata ia dalam perancangan dan tidak mahu terburu-buru.

“Insya-Allah, video muzik memang ada tapi sebab masa kurang mengizinkan, kita tengah usahakan untuk buat MV secepat yang mungkin,” akhirinya. - KitaReporters


16
11
0
19
0

Copy Link: