DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, ibadat korban hanya dibenarkan dijalankan di kawasan-kawasan tertentu dengan jumlah petugas yang terbatas dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Maka, kini banyak pertubuhan atau persatuan yang menjemput orang Islam menyertai ibadat korban untuk disumbang kepada golongan-golongan memerlukan di luar negara. : KitaReporters 

Neelofa di sebuah kandang lembu yang menempatkan sebahagian lembu untuk dikorbankan. - Kredit foto: IG @kasihneelofa


Malah terdapat juga program korban mewah seperti korban lembu Wagyu dengan nilai sehingga RM49,000 seekor atau RM7,000 satu bahagian.

Neelofa bersama beberapa petugas yang akan mengendalikan urusan penyembelihan dan pengagihan daging korban.


Bagi umat Islam pada tahun ini yang ingin melakukan ibadat korban secara sempurna, mereka boleh menyertai  program Ibadah Qurban bersama Kasih Neelofa pada Hari Raya Aidiladha ini.

Program ini adalah program perdana anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa iaitu pertubuhan amal yang diwujudkan pertengahan Jun 2020.

Pendaftaran bagi menyertai program ini dibuka dari sekarang sehingga 23 Julai 2020 dengan harga RM750 satu bahagian. 

Pendaftaran untuk seluruh negara dengan bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB Bank kepada akaun bernombor 8604198113 atas nama Pertubuhan Kasih Neelofa atau hubungi 010-2200851.

Posting dalam Instagram @kasihneelofa yang menyatakan tawaran untuk melakukan ibadat korban dalam program Kasih Neelofa


Menurut personaliti dan usahawan berjaya yang berusia 31 tahun ini, program korban ini mendapat sambutan baik masyarakat.

Program Ini memberi kaedah sistematik dalam urusan pembelian lembu, kaedah penyembelihan dan pemberian daging korban kepada pihak yang memerlukan di seluruh negara.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neleefa Mohd Noor, melakukan kerja amal ini melihat timbul kesukaran sejumlah masyarakat untuk melakukan ibadat korban akibat PKPP.

Menurutnya, pihak pertubuhan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta tertentu bagi merancakkan program Qurban Bersama Kasih Neelofa.

Selain Neelofa, Pertubuhan Kasih Neelofa, sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan, diterajui bersama ibunya, Datin Noor Kartini  Noor Mohamed dan Ustaz Azam.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban bersama Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. - KitaReporters

@kasihneelofa : Bagi yang berhajat untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini, tetapi masih keliru tentang tatacara dan SOP, jangan risau, pihak PKN sudi membantu anda. Jadilah sebahagian daripada peserta program Qurban #KasihNeelofa, dimana, segala urusan akan diuruskan oleh pihak pertubuhan. Hubungi no phone tertera untuk info lanjut 

QURBAN KASIH NEELOFA

1
0
0
0
0

Copy Link: