Penduduk Terengganu bimbang! Rentas negeri balik raya di kampung! Kes COVID-19 meningkat kembali!
Published byTular di media sosial gambar raksaksa menyekat kenderaan masuk ke Terengganu di Pintu Gerbang sempadan Terengganu-Pahang di Kemaman.
PENDUDUK Negeri Terengganu mulai resah dan bimbang kemungkinan kes pandemik COVID-19 di negeri itu kembali meningkat dan menular lebih luas dalam kalangan komuniti jika ramai perantau yang berada di Lembah Klang kembali menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung masing-masing sempena perayaan tersebut.
Kebimbangan penduduk terbabit susulan laporan ramai individu dari negeri ini yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang berada dalam lokaliti zon merah mengambil peluang rentas negeri untuk pulang berhari raya bersama keluarga.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hari raya
Media melaporkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak, Selangor melalui Lebuh Raya LPT2 penuh sesak dengan kenderaan menghala ke Pantai Timur menuju Terengganu dan Kelantan sejak beberapa hari lalu.
Berikutan kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu akibat kebanjiran warga Terengganu kembali ke negeri ini, ramai netizen Terengganu meluahkan perasaan termasuk membuat poster dan info grafik menerusi media sosial malah ada yang menyeru mereka yang berada di luar Terengganu menangguhan kepulangan ke negeri ini.
Ini kerana Penduduk Terengganu kini sudah selesa berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak dua minggu lalu, malah jumlah kes COVID-19 juga dilaporkan sudah menurun dan dapat dikawal.
Poster yang tular dalam media sosial meminta penduduk Terengganu yang tinggal di luar supaya tangguh kepulangan ke Terengganu
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus turut mengambil maklum mengenai perkembangan tersebut yang menjangkakan ramai perantau akan pulang menyambut Aidiladha tidak lama lagi.
Menerusi catatan Facebook miliknya, Dr Nor Azimi menulis: "Tidak
serikkah kalian dengan sejarah musim Aidilfitri yang lalu? Dipesan untuk tangguh rentas negeri untuk mengelakkan
penularan lagi besar. Tapi tidak berbekas. Kerasnya hati kalian. Akhirnya kes
mencanak naik."
Katanya, sambutan AidilAdha seolah-olah mengundang situasi
yang sama. Masih berduyun-duyun hendak rentas negeri pulang ke kampung.
Beliau berkata, "sungguh hati kalian tidak berbekas dengan angka kes harian atau angka kematian yang meningkat setiap hari."
Dr Nor Azimi Yunus
“Sanggup rentas negeri keluar dari kawasan wabak dan masuk kawasan kurang wabak. Membawa virus bersama untuk disebarkan di kawasan baru,” katanya pada Sabtu 17 Julai 2021.
Tambah beliau, "apa kalian fikir kalian atau orang lain
kebal daripada jangkitan COVID 19. Jika kalian muda belia dan pertahanan kuat,
kalian fikir CAT 1 jer pun. Kurantin jer 10 hari. Tapi kalian lupa ada kumpulan
yang perlu dilindungi seperti warga emas dan kanak-akank kecil yang mungkin akan
mendapat komplikasi serius.
"Di Terengganu, tiga minggu kami berjaya kekalkan angka
harian hanya dua digit sahaja. Tetapi dalam masa dua minggu, lapan Kluster baru
dikesan di Terengganu gara-gara rentas negeri. Akhirnya bilangan kes baru
meningkat. Ada kluster telah menular ke
beberapa daerah. Kalian fikir kami tidak terkesan dengan situasi begini?"
Beliau berkata, ada kluster buat majlis tahlil tiga malam. Diundang sama ustaz dan pelajar tahfiz. Akhirnya menjangkiti ramai pelajar tahfiz dan beberapa orang ustaz.
Netizen mengeluarkan gambar binatang raksaksa menunggu perantau di pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang
Dr Nor Azimi berkata, "kalian fikir bila balik berhari raya hanya duduk diam kat rumah. Tapi itu tak berlaku begitu. Sejarah Aidilfitri membuktikan biarpun dilarang, aktiviti masak-masak dan berhimpun masih berlaku. Tapi semuanya dibuat senyap-senyap supaya orang tak tahu. Anak beranak jer pun. Kenapa nak risau.
"Tapi kalian lupa Kluster COVID-19 tidak boleh diam-diam. Sampai masa semua terbongkar. Kalau semua patuh SOP dan tiada aktiviti berhimpun, mana mungkin beberapa keluarga dijangkiti serentak. Datang dari mana jangkitan jika bukan ada yang membawanya?
“Nasi sudah menjadi bubur bila ada ahli keluarga menjadi
korban COVID-19. Saat menyediakan bila anak-anak menjadi yatim piatu. Ada
kehilangan datuk nenek atau ayah ibu atau
anak-anak atau saudara mara."
Tambah beliau, "kenapa kalian tak boleh tangguh seketika.
Sementelah varian baru Delta sudah dikesan di seluruh Malaysia termasuk di
Terengganu. Kekuatan jangkitan sangat luar biasa.
“Tak perlu tunding jari salahkan sesiapa. Kalau kita masih berkeras nak rentas negeri hanya untuk berhari raya dan akhirnya kita merupakan indeks atau punca kepada kluster baharu, adakah kita masih nak salah kan orang lain atau salahkan pihak lain.”
Rohaimi Md Isa
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu memberi ingatan kepada mana-mana individu agar tidak cuba merentas masuk ke negeri itu tanpa alasan kukuh menjelang sambutan Aidiladha.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan yang lebih teliti ke atas semua jenis kenderaan memasuki negeri itu terutama di pintu masuk di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2.
Katanya, PDRM Bukit Aman telah mengeluarkan arahan agar meningkatkan pengawasan terutama sempena perayaan tersebut.
"Kita tidak ada penambahan sekatan jalan raya (SJR), tetapi
ingin saya ingatkan jangan cuba-cuba untuk merentas negeri atau daerah tanpa
alasan yang kukuh.
"Hasil tinjauan kami di LPT 2 di Perasing mendapati aliran trafik masih terkawal walaupun pada hari hujung minggu," katanya. - KitaReporters