Ismail Sabri Yaakob bersalaman dengan seorang peserta perhimpunan: Kredit Gambar: Media MB Terengganu


STADIUM Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu yang biasanya dipenuhi dengan aktiviti sukan terutama kehadiran peminat bola sepak berubah wajah apabila peminat motosikal RXZ mengambil alih memenuhi setiap ruang stadium berkenaan. 

Kehadiran lebih 30,000 peminat motosikal RXZ dari seluruh pelosok negara hadir ke program Perhimpunan RXZ Members 4.0 menimbulkan rasa teruja para peserta dan pengunjung. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti bermotosikal


Peserta bermotosikal konvoi menuju ke Stadium Gong Badak, Kuala Nerus



Pengunjung terutama rata-rata peminat motosikal memenuhi setiap ruang stadium dengan berpakaian serba hitam menjadikan perhimpunan tersebut dianggap terbesar pernah diadakan di Pantai Timur

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub untuk merasmikan program tersebut membangkitkan lagi semangat peserta yang sebahagian besarnya anak muda yang datang dari seluruh negara.

Program tersebut sememangnya sentiasa dinantikan kerana ia bukan hanya menjadi platform untuk peminat motosikal berhimpun tetapi ia turut menjadi medan bernostalgia bersama RXZ.


Seorang peserta menunjukkan aksi berani sambil diperhatikan peserta lain.


Golongan wanita tidak terkecuali menyertai perhimpunan


Sementara itu, Tarmizi Azhar, 34, dari Klang, Selangor menyatakan, penganjuran tahun ini merupakan program pertama yang disertainya.

"Datang ke sini untuk merasai suasana kemeriahan sebagaimana yang pernah diperkatakan mengenai kemeriahannya, terutama ketika kali terakhir diadakan pada tahun 2019.

"Dapat dilihat akan sambutan yang diberikan oleh pengunjung, walaupun dalam cuaca panas terik itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk hadir ke program ini. 

"Bagi saya sangat wajar kerajaan negeri menyokong atau menjadi penganjur bersama kepada program seperti ini kerana dapat dilihat, kehadiran pengunjung dari luar Terengganu telah membantu para peniaga, pengusaha kedai makan, mahupun pemilik rumah inap desa dan hotel, kerana semunya datang dari jauh seperti saya ini," katanya. 


Ribuan peminat motosikal membanjiri Stadium Gong Badak, Terengganu


Dalam pada itu, mengenai janji Perdana Menteri untuk mewujudkan litar lumba drag di setiap negeri adalah langkah baik, ujar pengunjung dari Negeri Sembilan, Tajul Abdul Rahman, 29

"Namun kita harapkan agar ia tidak bersifat janji semata-mata, sebaliknya perlu dibuktikan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dalam usaha memperkasakan sukan permotoran dalam negara ini. 

"Kerana selama ini anak muda memang mendambakan litar yang selamat untuk melakukan aktiviti ini, dan dapat mengelakkan diri anak muda terjebak kepada kancah yang tidak sihat, selama ini litar yang dinyatakan itu hanya ada di Terengganu dan Melaka, sebagai anak muda kami menyambut baik cadangan itu," katanya.


Perhimpunan Motosikal RXZ terbesar di Pantai Timur 

16
13
1
11
0

Copy Link: