Jom like, komen dan tonton! Video parodi filem Mat Kilau! Arahan guru, lakonan murid-murid Perlis!
Published byGuru dari Perlis, Nor Hasfalina Hasan, 41, menyertai pertandingan video parodi Mat Kilau berdurasi tiga minit yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPNPs).
Beliau yang berasal dari Banting, Selangor ini mengajar mata pelajaran muzik di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (SKBB), Perlis.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan video-video parodi
Katanya seramai 13 murid terlibat dalam pengambaran yang mengisahkan agenda British untuk merampas tanah milik orang-orang Melayu.
Namun, hasrat British itu telah dihalang oleh Mat Kilau yang tidak menyukai campur tangan British di bumi Pahang.
Melalui skrip yang dihasilkan dan dirakamkan ini, Mat Kilau telah melakukan serangan ke atas askar British di Jeti Kuala Tembeling, Pahang pada 14 Jun 1894.
“Penggambaran video ini dilakukan di tiga lokasi di Perlis iaitu Kampung Sungai Padang Kuala Perlis, Timah Tasoh dan Rumah Asnaf Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) selama tiga hari,” ujarnya ketika dihubungi.
Watak yang diberikan kepada murid sekolah ini dapat dibawa dengan baik.
Dalam pada itu, Nor Hasfalina juga gembira dengan bakat dan minat yang ditunjukkan oleh murid-muridnya dalam video yang dihasilkan ini.
Moga penyertaan mereka ini bukan sahaja dilihat sebagai pelakon malah dapat menanamkan semangat patriotik serta sayangkan tanah air ini.
SKBB ini terletak di Jalan Kilang Gula, Perlis dan kebanyakan murid-muridnya terdiri dari orang Melayu dan Siam.
Penyertaan video sekolah ini adalah antara 107 video yang melibatkan kategori sekolah rendah, menengah dan sektor-sektor JPNPs.
Pemenang pertandingan ini akan diadili melalui like, komen dan tontonan terbanyak oleh pihak juri yang dilantik.
Oleh itu Nor Hasfalina mengharapkan semua pihak yang menonton video ini pada link https://youtu.be/XrMOmnt0t_M ini dapat like, komen dan tonton video tersebut. - KitaReporters