PERKONGSIAN juara rancangan realiti program Akademi Fantasia musim ke-4, Faizal yang kini menjadi jurujual penapis air bagi meneruskan kelangsungan hidup telah mendapat sokongan daripada peminat-peminat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Faizal dengan menggunakan nama @namakufaizalaf4, beliau memaklumkan semua pihak dapat memberikan sokongan kepada kerjaya baharunya serta masih lagi aktif menyanyi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Akademi Fantasia


Hidup ini kena lalui banyak perkara, tiada batas selagi halal,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial melalui ruangan komen memberikan kata-kata semangat sebagai tanda sokongan serta mendoakan beliau berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.



“Betul itu, kerja keras selagi usia masih muda,” ujar @Yahidah24.

“Kemah bang, semoga dipermudahkan segala urusan,” kongsi @ZulhelmieYusop.

“Penjual terbaik abang ini, orang terkenal kan, semoga dipermudahkan urusan,” jelas @zailajafar. - KitaReporters


13
12
0
10
0

Copy Link: