Video| Puteri Sarah sindir siapa tu? Dah keluar gua tapi play victim pulak? Umum nak buat umrah lagi!
Published byPELAKON Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkongsi kapsyen agak sinis yang membawa maksud tersendiri dan mungkin ditujukan kepada seseorang,
Terlihat lucu dan cetuskan tanda tanya pada foto anak perempuannya, Sumayyah yang dimuatnaikkan dalam Instagram Storynya.
"Dah keluar gua tapi play victim (jadi mangsa) pulak. Takpelah, janji settle (selesai). Stay classy they said (Tetap berkelas, kata mereka)," tulisnya berserta emoji bibir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Puteri Sarah
Walaupun Puteri Sarah tidak menyatakan kepada siapa kata-katanya dituju, namun orang ramai dapat meneka ia dituju kepada suaminya, Syamsul Yusof, 38.
Ini kerana perkongsian Puteri Sarah dihantar beberapa jam setelah Syamsul memuat naik perkongsian video dalam IGnya, memaklumkan dia akan memberi penjelasan terhadap segala permasalahan berlaku dalam rumah tangganya yang hangat diperkatakan sejak enam bulan lalu dalam waktu terdekat.
Pendedahan Syamsul tidak sabar dinantikan olrh masyarakat.Begitu juga apa yang dilaku oleh Puteri Liyana seterusnya berhubung rumah tangga mereka yang dibina sejak 8 Mac 2014.
Puteri Sarah juga berkongsi video dia mengenakan telekung labuh berwarna hitam yang cantik dan elegan.
Dengan kapsyen ringkas ditulis, 'Hello 2023, A new year!, A new me berserta emoji senyum bahagia yang mendapat lebih 5,000 tanda suka daripada pengikutnya selepas beberapa jam dimuat naik.
Menerusi ruang komen, kebanyakan warga maya yang mengikuti Sarah memuji penampilannya, termasuk ramai juga memberikan kata-kata semangat dan inspirasi buatnya sempena tahun baharu.
Pengisian kandungan dalam Instagramnyaitu dipercayai dibuat di Tokyo kerana dia sedang melancong di Jepun bersama anak-anak.
Selain itu, dalam IGnya, Sarah meluahkan hasratnya untuk memulakan lembaran 2023 ini dengan mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sekali lagi.
"Penutup 2022 in Tokyo, insya-Allah, Pembukaan 2023, umrah. Thank you Allah (Terima kasih Allah)," tulisnya ringkas berserta emoji hati dan senyum bahagia.
Puteri Sarah turut memuatkan foto dan video percutiannya di Tokyo, Jepun dengan melawat beberapa kawasan pelancongan bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 5; dan Sumayyah, 3.
Puteri Sarah dijangka berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah sekali lagi pada 26 Januari 2023.
Menurut Puteri Sarah, dia bersyukur dikurniakan rezeki oleh Allah untuk mengerjakan umrah sekali lagi pada tahun ini bersama-sama dua anaknya.
Kali pertama Puteri Sarah melakukan umrah bersama anak-anak ialah pada Mei 2022.
Bagi umrah kali ini Puteri Sarah mendapat rezeki penajaan oleh kawan baiknya, Fazlinda dari Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman. - KitaReporters