PERKEMBANGAN teknologi membolehkan kita menyaksikan bahan kreatif visual secara langsung dalam pelbagai platform penstriman melalui Internet baik secara percuma atau dengan sedikit bayaran. 

Menonton bahan visual terutama filem, drama atau dokumentari tanpa tapisan memang menjadi idaman ramai kerana kebanyakan individu lebih suka menyaksikan bahan yang bebas tapisan.

Terdapat pelbagai platform penstriman di seluruh dunia. Namun di Malaysia platform penstriman yang popular antaranya ialah Viu, IQIYI, Netflix dan Disney Hotstar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem

Antara platform penstriman di Malaysia

Penonton kini lebih selesa menonton bahan yang bebas daripada tapisan. Dan pihak penerbit mempunyai alternatif untuk menghasilkan wang daripada tayangan dalam platform penstriman kerana selain menerima bayaran daripada pihak pengendali platform dan juga royalti berdasarkan jumlah tontonan.

Malahan ada produser berpendapat menghasilkan filem untuk tayangan dalam platform penstriman lebih menguntungkan berbanding tayangan di pawagam yang berisiko jumlah kutipan tiketnya.

Begitu juga bertambah ramai produser yang semakin berminat menyiarkan drama dalam platform penstriman kerana selain bebas tanpa tapisan juga menerima bayaran lebih tinggi berbanding bayaran stesen-stesen TV tempatan yang tidak berubah sejak sebelum tahun 2000.

Namun menonton bahan yang bebas tapisan boleh memberi impiikasi kurang baik terhadap sesebuah negara, masyarakat dan nilai agama.

Sebuah kerajaan yang tidak mengamalkan konsep kebebasan sepenuhnya seperti Malaysia perlu menggunakan kuasa veto untuk menyekat sesuatu bahan visual yang temanya sudah terang-terangkan mencabar keharmonian negara dengan menghina atau mencabar perpaduan kaum dan kesucian agama.

Filem ‘Mentega Terbang’ membuktikan filem boleh membawa implikasi negatif terhadap bangsa, negara dan agama.

/


Filem bercorak indie berdurasi 104 minit ini ‘Mentega Terbang’ arahan Mohd Khairi Anwar Jailani diterbitkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment dengan menampilkan pelakon seperti Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jesebel Lee,

Pihak produser dan pengarah serta pelakon terbabit menafikan cuba menghina agama.

Pelbagai pihak membuat bantahan dan membuat laporan polis. Antara yang memprotes ialah Persatuan SENIMAN dan Menteri Agama. Sementara Menteri Komunikasi dan Digital minta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bertindak.

Tetapi apa guna berkokok setelah filem tersebar ditonton di seluruh dunia.

Pihak Viu sudah menyatakan telah menarik tayangan mulai 27 Februari 2023 lalu. Tetapi ia telah disiar sejak 19 Januari 2023.

Pelakon utama Firdaus Karim

Dalam tempoh tayangan lebih sebulan filem ‘Mentega Terbang’  itu ia telah ditonton berkali-kaki, malah mungkin telah ditayang oleh platform lain secara haram.

Penstriman Viu mempunyai sekitar 36 juta tontonan dalam sesuatu masa, Penstriman Viu yang berpusat di Hong Kong menyebar di 17 negara meliputi Asia termasuk Asia Barat dan Afrika. Ia sedang merancang memperluaskan siaran ke seluruh dunia.

Bayangkan betapa luasnya tayangan ‘Mentega Terbang’ kepada penonton yang tidak tahu situasi sebenarnya di negara ini. 

Bantahan yang dikeluar beberapa sejumlah individu termasuk yang mewakili persatuan dan pihak kerajaan sudah tidak bererti.

Apa ertinya berkokok ketika perkara yang tidak diigini telah terjadi. Ia telah dan akan terus tersebar ke seluruh dunia dan apa yang tersiar melalui Internet tidak akan dipadam tanpa mendapat arahan pihak berwajib tertentu, Dan ia tidak mudah atau mengambil masa untuk melakukannya.

Sepatutnya pihak kerajaan perlu bertindak lebih awal. Urusan bahan digital seperti filem, drama dan  dokumentari perlu di bawah satu kementerian sahaja.

Tidak seperti sekarang, bidang tapisan masih di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sementara dalam pengeluaran lesen pembikinan di bawah Kementerian  Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui FINAS.

Perkembangan teknologi memerlukan tapisan diberi bagi penyiaran dalam platform penstriman. Jika tayangan agak keterlaluan melibat bahan berunsur seram dan aksi.

Kita boleh terima tetapi tidak terhadap bahan yang menghina sesuatu bangsa dan agama.KKD perlu mempunyai anggota perisikan bagi megesan pembikinan bahan digital yang dibuat tanpa memohon lesen.

Bahan digital untuk tayangan dalam platform penstriman perlu dilulus oleh pihak berwajib. Jika tayangan di platform pengstriman tanpa kelulusan, pihak penerbit perlu dikenakan hukuman sewajarnya. - KitaReporters


12
20
0
18
0

Copy Link: