Zamani terpaksa menelan pil tahan sakit untuk menahan kesakitan.

TULANG belakang sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung, jadi dia perlu melakukan pembedahan segera

Namun kerana mempunyai sejumlah persembahan yang sudah dirangka, penyanyi legenda Zamani Ibrahim, 51, terpaksa menangguhkan pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis kepada awal November 2022.

Vokalis kumpulan Slam ini yang menderita penyakit skoliosis sejak 2015 bersyukur kerana doktor memberi jaminan bahawa peluang untuknya kembali sembuh selepas pembedahan adalah positif walaupun tidak akan kembali seperti asal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda Zamani Slam


Imbasan memperlihatkan bentuk tulang Zamani yang bengkok


Menurut Zamani, selepas ujian imbasan, doktor mengesahkan dia mempunyai harapan tinggi untuk sembuh, namun, tidaklah boleh kembali kepada normal sepenuhnya.

Tambah Zamani, dia mempunyai  dua pilihan untuk pusat perubatan bagi melakukan pembedahan.

Menurut doktor kedua-dua pusat perubatan itu, pembedahan boleh dijalan pada bulan Oktober, namun dia sudah terikat dengan beberapa komitmen kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Jadi, insya-Allah mungkin awal November. Dari segi kos pembedahan dianggarkan melebihi RM100,000," katanya kepada petugas media pada sidang media konsert amal, Rhythm Of Legends di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Rabu, 10 Ogos 2022.

Konsert amal, Rhythm Of Legends pada 29 dan 30 Oktober 2022 depan di Dewan Plenari, KLCC. Ia turut menampilkan penyanyi popular lain seperti Datuk Hattan, Mawi, One Nation Emcee, Asmidar dan Rojer Kajol.




Bagi menunggu pembedahan Zamani terpaksa memakan ubat tahan sakit.

Zamani tidak menafikan perasaan takut untuk menjalani pembedahan menghantui diri kerana akan mengambil masa lapan hingga 10 jam.

Tambahnya, jika diberi pilihan, dia tidak mahu menjalani pembedahan dan cuba cari jalan lain, tetapi ini adalah pilihan terakhir.   

Untuk pulih ia akan mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan. Selain itu, Zamani juga perlu menjalani fisioterapi.

Walaupun tahu pembedahan itu tidak akan membuat diri kembali normal sempenuhnya, namun dia tetap berpuas hati jika sakitnya dapat pulih sebaik mungkin.

Kos rawatan menelan antara RM80,000 hingga RM100,000. Tidak lama dahulu, personaliti tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi melancarkan dana untuk rawatan Zamani. 

Hasil kutipan daripada peminat Zamani, sebanyak RM101,103,84 diserah kepada Zamani dengan penyumbang terbesar ialah penerbit dan pelakon A. Aida sebanyak RM5,000. - KitaReporters


Tabung bantuan yang dilancar Aznil banyak membantu Zamani menjalankan pembedahan.

14
8
0
12
0

Copy Link: