Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!
Published byPenang Football Club (FC) yang berada di tangga terbawah liga melakukan kejutan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam perlawanan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam tadi, 24 September 2022.
Jaringan tunggal daripada ketua pasukan, Lucas Espindola pada minit ke-79 sudah cukup untuk menceriakan penyokong tuan rumah bagi mengakhiri badi kekalahan sebelum ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super
Anak buah Dato Zainal Abidin Hassan beraksi agak baik dalam perlawanan ini apabila mencipta banyak peluang di depan gol namum ketumpulan para pemain menyebabkan mereka terlepas banyak peluang.
KL City juga mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun mereka juga mengalami masalah sama apabila peluang yang dicipta tu gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.
Kekalahan skuad Bojan Hodak kepada Penang sudah pasti satu tamparan hebat kerana mereka dalam persediaan untuk menghadapi PFC Sogdiana pada final Antara Zon bulan hadapan bagi saingan Piala AFC 2022.
Kemenangan Harimau Kumbang dalam perlawanan ini sudah pasti cukup penting untuk membina moral para pemain bagi menghadapi perlawanan akan datang bagi mencari mata dan mengakhiri saingan Liga Super 2022 di kedudukan terbaik.
Selepas 19 perlawanan, Penang berada di kedudukan terbawah liga dengan 10 mata dan berpeluang untuk mengejar pasukan di atas mereka andai mencatat kemenangan baki perlawanan akan datang. - KitaReporters