Bukan biasa-biasa! Lukisan akrilik Nor Aziah Khaizuran! Pada beg dan topi anyaman! Menarik dan unik!

Published by
KitaReporters


Menarik dan unik... beg dan topi anyaman yang dilukis dengan cat akrilik


Beg dan topi anyaman yang polos dan kosong serta hambar boleh menjadi menarik dengan pelbagai lukisan dan lakaran padanya. Seorang pelukis akrilik Nor Aziah Khaizuran Mohd Arof, 60, dari Petaling Jaya berjaya menghasilkan lukisan yang menarik pada beg anyaman dan topi anyaman bagi peminat barangan kraf tangan berkenaan. 

Beg beg ini nampak lebih cantik dan menyerlah dengan motif lukisan bunga bunga dan alam semula jadi. Beg anyaman yang suatu ketika dulu banyak digunakan untuk ke pasar kini lebih komersial dengan penggunaan sebagai beg yang dijadikan sebagai tas tangan menarik. 


Nor Aziah pelukis akrilik berbakat

Nor Aziah mula membuat lukisan akrilik pada beg dan topi pada awal tahun ini.

Sebelum ini beliau banyak melukis dengan membuat lukisan watercolor, painting bookmark atau penanda buku yang memaparkan keindahan alam semula jadi seperti bunga-bungaan, burung dan alam persekitaran. Beliau juga turut membuat lukisan akrilik pada canvas. 

Pelukis berbakat ini lebih menumpukan pada lukisan alam semula jadi yang memaparkan ketenangan dan keindahan alam.




Ditanya bagaimana beliau terfikir dan mendapat idea untuk memulakan perniagaan lukisan ini, Nor Aziah memberitahu, seorang kawannya ternampak lukisan beliau yang dilakar pada penanda buku. Kawan berkenaan berjumpa beliau dan memberikan idea untuk meluaskan usaha beliau melukis pada beg anyaman plastik dan topi milik rakannya itu. 

Kebetulan rakannya itu menjalankan perniagaan beg mengkuang plastik yang dipesan dari Miri, Sarawak dan beg mengkuang pandan dari Indonesia. Mereka kini menggabungkan kedua-duanya untuk menjual kraf tangan menarik ini kepada pencinta kraf tangan.  


Tekun melukis


Bermula dengan hanya beberapa buah beg yang dilukis oleh beliau, akhirnya dengan sambutan yang menggalakkan, rakan berkenaan percaya dengan kebolehan beliau dan mereka berdua meneruskan usaha sama perniagaan ini. 

Nor Aziah berharap suatu hari nanti  beliau dapat membuka kelas melukis pada beg mengkuang plastik ini dan juga pada kanvas.

Baginya seni seumpama ini perlu diperkembang untuk generasi muda. - KitaReporters


tik

Beg yang belum dilukis

Beg-beg selepas dilukis

29
12
0
11
0

Copy Link: