Nenek kahwini anak angkat? Jarang-jarang atau kadang-kadang?
Published byBiar betul? Nenak kahwin anak angkat? Itulah hakikatnya apabila soal jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah apabila seorang wanita warga emas berusia 65 tahun mengahwini anak angkatnya, yang 41 lebih muda daripadanya. : KitaReporters
Gambar romantis pasangan ini tular dalam media sosial. - Kredit foto: Daily Star, image CEN.
Mbah Gambreng menerima lamaran anak angkatnya, Ardi Waras, 24, sebagai suami dan mereka disatukan di selatan Sumatera, Indonesia dalam satu majlis sederhana.
Laporan Daily Star menyebut Mbah Gambreng mengambil Ardi sebagai anak angkatnya tahun lalu di mana sebelum itu beliau sudah pun memperoleh tiga anak angkat perempuan kesemuanya.
Siapa sangka kan kehidupan bersama yang baru setahun jagung dilalui mencetuskan hasrat di hati Ardi Waras untuk melamar ibu angkatnya itu.
Jangan prasangka ya... sebab ketika itu, Ardi memang waras pemikirannya sebagaimana hujung namanya Ardi Waras.
Sebagai ibu penyayang, Mbah mengesyorkan agar Ardi mencari pasangan hidup, tetapi terkejut apabila Ardi sebaliknya menyuarakan hasrat untuk mengahwini ibu angkatnya itu.
“Saya terkejut, dia kata mahu mengahwini saya,” ujar Mbah.
Sebaik diijab kabul, gambar perkahwinan pasangan itu yang kelihatan cukup romantis dan manja menjadi tular dalam media sosial bahkan berita mereka mendapat liputan beberapa portal akhbar antarabangsa.
Korang tahu tak agak-agak berapa mas kahwin perkahwinan mereka?
Ardi dipercayai hanya memberikan mas kahwin sebanyak 100,000 rupiah Indonesia iaitu kira-kira RM30 sahaja kepada isterinya tau.
Memang cinta sejati sungguh ni.
Ada tak agaknya wanita di Malaysia ini mahu berkahwin dengan hanya RM30? Jika ada kaum lelaki mesti ramai yang berebut ya tak?
Tetapi itulah peraturan yang Maha Esa, siapa berhak menolaknya jika itu sudah ditakdirkan.
Teringat pula teka teki Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem 'Nujum Pak Belalang' yang berbunyi ' Satu: Banyak-banyak; Dua Sikit Sikit, Tiga: Jarang-jarang dan Empat: Kadang-kadang! - KitaReporters