Ekosistem industri hiburan serabut! Siasatan SPRM amat perlu!
Published byIRAMA mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas beberapa pihak berkaitan kutipan bayaran royalti hak rakaman, penulis/pencipta lagu dan pelaku rakaman muzik baru-baru ini. IRAMA yakin tentunya SPRM akan membuat siasatan yang terperinci demi kelangsungan industri muzik itu sendiri. : KitaReporters
Kredit foto: Utusan Malaysia
Lagi cerita-cerita berkaitan irama:
https://kitareporters.com/search?search=irama
Menurut Ayob Abd. Majid, Presiden IRAMA, siasatan SPRM itu akan dapat memberikan pemahaman yang jelas atas penghasilan pendapatan kepada industri ini yang telah lebih 60 tahun merdeka tetapi telah terlepas pandang dari sudut pengawalan dan tatacaranya.
Malah sebenarnya industri ini sudah bermula di zaman sebelum merdeka lagi sebaris dengan perkembangan industri filem yang berpusat di Singapura, sewaktu masih sebahagian Malaysia, kata Ayob dalam satu kenyataan media pada 2 Disember 2020.
Kredit foto-foto: FB Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia
Justeru itu, IRAMA atau Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia berharap siasatan ini dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada pihak kerajaan khususnya untuk tidak bertindak seperti kerajaan yang lalu sehingga menyerabutkan keadaan ekosistem industri yang telah pun tersedia berserabut dengan pelbagai isu yang berlangsung berdekad-dekad tanpa diperdulikan oleh kerajaan.
Kata Ayob, isu ini bukan saja berkisar tentang kenapa kutipan yang dibuat dan terkumpul itu tidak diagihkan, malah ianya berakar-umbi tentang perjalanan industri itu sendiri sejak Akta Hakmilik Intelektual diperkenalkan dari dunia barat ke seluruh dunia. Namun kerajaan sewajarnya memahami bahawa industri muzik bukan berlangsung sama seperti industri produk barangan yang lain dan perlukan kefahaman yang spesifik tentang keperincian antara penggiat, pemain dan pelabur industri.
"Langkah kerajaan terdahulu memberikan lesen kutipan kepada sebuah badan baru iaitu RPM (Recording Performers Malaysia Berhad) merupakan titik mula kepada masalah ini kerana sebelum itu Prism (Performers & Artistes Rights Malaysia Berhad) telah pun ada walaupun memberikan hak kutipan itu kepada PPM (Public Performance Malaysia Sdn Bhd).
"Perubahan pentadbiran bukanlah alasan yang kukuh untuk memberi penyelesaian dengan menubuhkan sebuah lagi badan kutipan, apatah lagi berada dalam kelompok yang sama yang diterajui pelabur-pelabur industri iaitu RIM (Persatuan Industri Rakaman Malaysia).
"Sepatut dan seharusnya setiap badan kutipan yang diiktirafkan Kerajaan berada dalam keadaan berkendiri dan tidak dikuasai satu pihak yang berkepentingan bagi menzahirkan keadilan, baik dari segi pendapatan royalti maupun peluang-peluang dan pengetahuan yang lain," tegas Ayob.
Memaksakan penubuhan MRM (Music Rights Malaysia Berhad) terutama dalam hal penting iaitu pembahagian pendapatan royalti adalah kesilapan paling besar yang dibuat oleh Kerajaan lalu.
Menurut kenyataan media itu lagi, tindakan ini amat besar signifikasinya terutama kepada pelabur-pelabur yang telah selesa dengan pembahagian sebelum ini tanpa dapat digugat yang membuatkan pelabur-pelabur terpaksa menerima walaupun dalam pemahaman yang jelas mereka akan kerugian besar hasil atas pemaksaan ini. Justeru itu pelbagai agenda dirancang dan dilaksanakan untuk menjustifikasikan keadaan ini.
Ayob berkata, tindakan saman terhadap Prism. merupakan salah satu justikasi matlamat walaupun sebenarnya PPM tidak berada dalam keadaan ‘local standing’ bagi mewakili pelaku kerana RPM baru saja dalam proses perancangan.
Namun ia telah disokong oleh mahkamah dan Prisma diarahkan bubar walaupun sebenarnya Prisma mempunyai ‘share’ dalam kutipan-kutipan yang terdahulu walaupun Prism yang dalam erti kata yang sebenarnya, Prism mampu dan boleh membayar saman jika kutipan itu diagihkan oleh MRM.
Hakikatnya kesilapan yang dilakukan Prism itu tidaklah disangkalkan, sebenarnya bermula daripada masalah perubahan pengurusan baru dan juga kelemahan pentadbiran, perlulah diakui kelemahan dan kekurangan pengetahuan serta kekurangan pengalaman adalah faktor kemungkian yang menyebabkan perkara itu berlaku
Pembiayaan bagi pentadbiran dan pengurusan MRM juga sering dijadikan topik perbincangan sesama pelaku di mana terdapat pengurusan tertinggi yang dikatakan menerima gaji yang luar biasa tinggi sedangkan kutipan masih belum dapat dibuat ketika itu (lesen masih belum dikeluarkan) dan apatah lagi modal untuk memulakan operasi MRM adalah datang dari sumbangan ketiga-tiga pihak iaitu MACP (Music Authors’ Copyright Protection Berhad), PPM dan Prism.
Tidak pula diketahui bagaimana RPM memberikan modal ini atau ianya diberikan pinjaman oleh PPM, ini juga menjadi tanda tanya khalayak umum, terutama kalangan pelaku, menurut kenyataan tersebut.
Apabila Prism berjaya disingkirkan dari MRM, dilihat aktiviti pelabur-pelabur mula memfokuskan kepada usaha mengubah sistem agihan yang dipaksakan terdahulu dan di sinilah permasalahan ini makin meruncing.
Banyak lagi isu sampingan yang melibatkan royalti ini dan IRAMA ingin memaklumkan bahawa aspek kesegeraan tindakan perlulah digerakkan kerana seharusnya semua pihak termasuk Kementerian-kementerian yang terlibat bersama MyIPO memahami bahawa pendapatan royalti ini merupakan antara model bisnes terpenting bagi pelabur dan penggiat.
Ini kerana perubahan cara bisnes digital, selain dari pendapatan ‘directly’ hasil dari digital seperti dari Spotify, Apple Music, Joox, Amazon Prime dan lain-lain, dimaklumkan juga semua platform digital dan streaming ini membayar kepada MRM dan MRM sepatutnya menyalurkan agihan ini kepada badan-badan kutipan seperti MACP, PPM dan kini RPM yang seterusnya mengagihkan kepada ahli.
Namun agihan dari pembayaran royalti daripada badan-badan penyiaran seperti RTM, Astro dan Media Prima diberikan secara lump sump, namun badan-badan ini terutamanya PPM hanya mengagihkan kepada ahli PPM dan bukan untuk semua pelabur atau pembuat konten/penggiat indie.
"IRAMA sebagai badan NGO yang berasaskan industri muzik percaya bahawa kenyataan media ini pastinya akan menyebabkan beberapa pihak terutam yang disebutkan dan juga pelaku atau penggiat muzik, namun percayalah bahawa kami juga ingin membantu agar industri ini dinikmati secara bersama dan saksama," tambah Ayob. - KitaReporters