SETIAP orang mesti ada cara tersendiri dalam menghiasi kediaman mereka agar rumah yang didiami itu selesa dan sejuk mata memandang. Siapa yang tak nak rumah cantik bagaikan syurga idaman. Berangan itu percuma dan merealisasikannya itu bahagia. : KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Salizawati Salleh https://www.facebook.com/groups/2387221348258082/permalink/2586819964964885/


Kecantikan, kebahagiaan, kedamaian dan keindahan tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang wanita. 

Setiap wanita sentiasa menginginkan sesuatu yang boleh membuatkan jiwanya tenang dan menjalani kehidupan penuh dengan kegembiraan. Bahagia bermula dari rumah. 

Itulah warna warni kehidupan.  

Warna juga melambangkan peribadi individu. Pelbagai skala warna sama ada yang terang, samar, gelap dan kusam seakan-akan melambangkan citarasa dan kehidupan peribadi mereka. 

Andai si lelaki mengenakan pakaian warna pink atau merah jambu, masyarakat menggelarnya lelaki 'jambu' atau wanita yang mengenakan pakaian warna hijau dikatakan kuat cemburu

Biru pula melambangkan kedamaian manakala putih mewakili sekeping hati yang bersih suci dan murni. 

Apa-apalah!!!

Jika kediaman pula bagaimana untuk mentafsirkannya? Susun atur dan dekorasi, pilihan warna mengikut cita rasa sang suami atau isteri? Atau persetujuan antara dua hati itu? 

Pening jugakkan!


Memastikan kediaman kelihatan cantik juga merupakan satu kepuasan.
Baru-baru ini tular dalam laman sosial Facebook kisah seorang pemuda bernama Manz Riezman  yang menggunakan kaler hijau sebagai warna tema untuk seluruh kediamannya termasuk dinding, langsir, sarung kusyen, alas meja dan apa sahaja yang dilihatnya dapat memenuhi cita rasanya tanpa memperdulikan apa orang nak kata. 

Jejaka ni cemburu jugak ke orangnya?

Kali ini kita lihat pula bagaimana pemilik akaun Facebook dengan nama Mis Watie Resaliza ini menghiasi kediamannya dengan warna tema merah jambu. 

Bermula dari beranda rumah membawa kepada ruang tamu, bilik tidur dan berjangkit pula ke dapur semuanya pink. 

Lebih daripada itu dapur gas, pinggan mangkuk, cawan, jug, balang kuih dan dulang air semuanya pink. Kuih muih dia pun warna pink tau! Sweet sangat!

Halamak nak kene siasat ke nie!
Pink lembut, pink pekat, pink belacan, dusty pink semua ada di rumah Mis Watie atau nama sebenarnya, Salizawati Saleh. 

Warna pekat atau cair bukan persoalannya. Janji puas mata memandang.

Menerusi hantaran dalam facebook miliknya, Salizawati memuat naik status yang berbunyi; 
"suri2 jgn terkjut ye.. mis pinky mmg suke kemas x kira raya atau x raya.. 3sama je hari2 kemas...hobi la kot😂😂 nahhhhh mis pinky lanje pic umh mis pinky yg pinky2 ni... anjung luar tu carpet xde nk cuci esok.. so togel je.. slmt mlm suri2... 🥰🥰🥰🥰"



Membahasakan dirinya Mis Pinky dalam media sosial, Sazilawati yang berasal dari Banting, Selangor obses dengan warna merah jambu ketika masih di bangku sekolah.

"Apabila sudah 'gila' pink, memang semua bahagian rumah saya nak guna warna sama dan selitkan sedikit elemen Hello Kitty. 

"90 peratus kaler pink dan bakinya Hello Kitty," katanya ketika ditemu bual menerusi aplikasi WhatsApp.



Rajinnya dia…menarik gitu!


Menariknya hiasan Berwarna pink itu bukan sahaja memenuhi ruang tamu rumah berkenaan tetapi turut berjangkit ke bahagian dapur!!! 



Salizawati berkata, suaminya Misre Suratman, 41, tidak menghalang 'ketaksubannya' untuk 'memerahjambukan' kediaman mereka sejak awal perkahwinan lagi. 

Persetujuan bersamalah kiranya kan.

"Suami tahu saya memang obses dengan warna pink, sweet sangat warna dia. Justeru, dia sedia membantu apa yang saya inginkan untuk mengindahkan lagi kediaman kami," katanya. 

Kesungguhan wanita berusia 37 tahun itu dalam mendekorasi setiap inci dalam rumahnya dengan warna tema merah jambu membuatkan ramai warganet memuji keunikan dekorasi yang dilakukan dan mendapat pelbagai komen positif berkaitan konsep yang ditampilkan di kediaman tersebut.





Pinggan mangkuk, dulang pun warna merah jambu

Biskut raya ketika menyambut hari raya pun warna pink


Bekas biskut raya Kaler pink



Salizawati Saleh


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. 

Buatlah apa pun, kecantikan pastinya berada di tangga teratas. Termasuklah dalam menghiasi kediaman. 

Bila rumah dah cantik, tersusun dengan dekorasi idaman hati.. rasa macam tak nak keluar pulak. Tiru macam Mis Pinky. - KitaReporters

9
0
0
2
1

Copy Link: