WALAUPUN tidak menyebut nama, namun ramai yang dapat meneka kepada siapakah kenyataan daripada pelakon Aqasha atau nama penuhya Firdee Akassya Rosli ditujukan. Aqasha dilihat memuat naik kembali gambarnya pada tahun 2009 yang tidak berbaju dengan aksi yang agak menggoda berserta dengan kapsyen berbau sindiran serta juga nasihat. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Menurutnya, sekiranya seseorang pelakon itu tidak pandai berlakon, mereka boleh menuntut ilmu bagi memperbaikinya.

“Tak pandai berlakon boleh ke bengkel lakonan, tambah pengetahuan dan asah kebolehan.

“Body tak menarik boleh ke gimnasium, tambah muscle dan buang lemak. Yang penting di sini, tahu kelebihan dan kekurangan sendiri serta punya kesungguhan untuk memperbaiki.

“Kalau enjin kereta rosak, hantar bengkel baiki, jangan pergi kedai rim tukar rim baru. Knowledge is power. Ini zaman maklumat di hujung jari. Tak pakai rugi,” tulisnya.



Baru-baru ini seorang pelakon baharu, Ikmal Amry menceritakan kepada media, dia menggunakan kelebihan bentuk badan yang cantik untuk menarik perhatian pihak produksi memandangkan kualiti lakonannya yang tidak berapa baik.

Mungkin kenyataan daripada Ikmal itu tidak selari dengan pandangan pelakon senior seperti Aqasha yang menganggap ilmu lakonan perlu dicari dan dipelajari.

Kenyataan Ikmal dalam Mstar Online mengundang ketidakselesaan pelakon-pelakon senior.


Kenyataan daripada Aqasha itu mendapat perhatian rakan artis dan juga netizen. Kebanyakan mereka bersetuju dengan pendapat dan pandangan yang dikongsikan oleh Aqasha.

Antara pelakon yang faham kepada siapa kenyataan itu ditujukan ialah Emelda Rosemila.

“Perghh!!,” tulis Emelda ringkas dan kemudiannya dibalas oleh Aqasha dengan menjelaskan setakat nak tayang badan, dia pun boleh. Kemudian disahut oleh Emelda sekali lagi bahawa dia faham apa yang dimaksudkan oleh Aqasha itu. 


Sementara itu menurut salah seorang netizen, banyak lagi cara atau kelebihan lain yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan mutu lakonan dan bukannya dengan menayangkan badan.

“Hahaha, betul sangat! Bukan tak pandai berlakon guna kelebihan lain. kalau setakat nak tayang body, itu bukan berlakon dik, itu nak buat ‘show’,” tulisnya.


Ada benarnya juga apa yang diperkatakan oleh Aqasha. Tak guna cantik atau kacak tetapi kalau lakonan macam ‘kayu’.  Tak pandai boleh belajar kerana banyak kelas lakonan yang dianjurkan seperti kelas lakonan yang diajar oleh pelakon senior Fauziah Nawi. 

Bukankah lebih bagus kalau kalau cantik dan kacak, lakonan pula hebat! Pasti impaknya lebih! - KitaReporters

4
0
2
0
5

Copy Link: