KETIKA pihak Astro Ria mengumumkan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) bermula, pihak pengurusan saluran itu mengumumkan akan berlaku beberapa kejutan

Salah satu kejutan ialah tiada penyingkiran dalam episod 5 walaupun juri berpendapat ada peserta yang perlu disingkirkan.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata anggota juri tidak mempunyai kuasa untuk mengekalkan mana-mana peserta

Tambahnya, segala-galanya bergantung kepada pihak pengurusan Astro Ria dan jumlah peserta yang akan dibawa ke peringkat akhir.


Upiak Isil terkejut tidak disingkir walaupun berada di tangga terbawah
Dia berkata demikian dalam sidang media selepas pertandingan berakhir.
Dalam episod 5, penonton sudah membayangkan peserta dari Indonesia, Upiak Isil menjadi peserta yang akan tersingkir, mengikut kumpulan Nico G dan Dr Fazley.


Usiak Isil sudah membayangkan akan tersingkir kerana melakukan beberapa kesilapan ketika menyampaikan lagu ‘Pengemis Muda’ termasuk lupa lirik.

Ketika Upiak Isil sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal, pengacara Nabil Ahmad dan pengacara jemputan Elly Mazlein mengumumkan tiada penyingkiran. Elly menggantikan Jihan Muse yang tersangkut banjir.


Dalam minggu ke-5 memperlihatkan terdapat peserta yang meningkat dan ada yang menurun serta ada yang terus berada dalam senarai terbawah.

Nikki Palikat dipuji juri kerana memberi persembahan terbaik dan membayangkan akan berada pada peringkat akhir. Nikki menyampaikan lagu ‘Gelombang’ yang dipopular oleh Salamiah Hassan dengan gaya tersendirinya.

Aliff Aziz kembali ‘bangkit’ denan lagu yang dipopular oleh Kazar ‘Memburu Impian’ setelah minggu sebelumnya mengalami penurunan.

Penyanyi dangdut Ani Maiyuni pula memperlihat peningkatan ketara ketika membawa lagu ‘Kuca Kuca’ hingga berjaya menduduki tangga ketiga.



Persembahan Nikki Palikat menonjol dan dipuji juri


/

Persembahan Aliff Aziz kembali meningkat

/

Ani Maiyuni memperlihat peningkatan ketara menduduki tangga ketiga

Suki Low mampu kekal berada dalam tangga teratas, melalui lagu ‘Dancing Queen’ berjaya berada di tempat keempat. Manakala Aweera pula di tangga kelima.

Persembahan Adibah Noor agak mendukacitakan ketika membawa lagu ‘Gajah’ menyebabkan dia terpaksa menduduki tempat keenam.


Suki Low hanya berjaya capai kedudukan di tangga kelima.


Persembahan Adidah Amin agak mendukacitakan.


Penyanyi-penyanyi senior didapati agak sukar menyampaikan lagu-lagu ciptaan baru. Shidee kurang mampu menyampai dengan baik lagu  ‘Lelaki Kesepian’ nyanyian Haqiem Rusli. Begitu juga dengan Bandi Amuk yang menyampaikan lagu ‘ Purnama’ nyanyian Naim Daniel.  Kedua-duanya menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh.

Dalam episod ke-6, para peserta perlu menyanyi secara duet dengan penyanyi-penyanyi popular tertentu.

Dan dalam episod ke-6 nanti pasti ada penyingkiran. Cuma mungkin penyingkiran akan melibatkan dua atau tiga peserta. - KitaReporters


Berikut ialah senarai kedudukan dan markah peserta GV8 episod 5:

01  Nikki Palaikat            78.5

02  Aliff Aziz                     77.8

03  Ani Maiyuni              67.8

04  Suki Low                     65.8

05  Aweera                       64.6

06  Adibah Noor              63.9

07  Azan Scan                  62.9

08  Sa.Ya                           59.6

09  Shidee                         57.8

10  Bandi Amuk               57.6

11  Upiak Usil                   57

*   Tiada penyingkiran


9
10
0
11
0

Copy Link: