Lawak PKP! Botak kepala kerana kalah kepada tentera bawang!
Published bySEORANG pengguna media sosial Facebook (FB), Mohammad Rafiezulanwar Jaffri terpaksa akur apabila satu hantaran (posting) yang dimuat naik oleh beliau telah 'makan' diri sendiri. Gara-gara nak popular sangat, netizen penuhi impiannya. Nah ambik kau!! : KitaReporters
Kredit Kredit: FB Rafiezulanwar (https://www.facebook.com/RafiezulAnwar)
Dalam posting yang dilakukan pada 29 April 2020, beliau mencabar netizen bahawa dirinya akan potong rambut mengikut gaya seperti di dalam gambar tersebut jika mendapat 1 juta komen.
Mungkin beliau lupa bahawa kuasa viral sangat hebat apatah lagi di Malaysia terdapat ramai "tentera bawang", "bawang rangers" serta "Jabatan Netizen" media sosial.
Tidak perlu mengambil masa lama, 1 juta komen dapat dikumpulkan dengan begitu pantas atas pertolongan netizen demi melihat beliau memotong rambut seperti itu.
'Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya'
Pada hari yang sama juga, pada sebelah malam, Rafiezulanwar telah mengotakan janjinya potong rambut siap dengan bersiaran langsung lagi.
Bukan kaleng-kaleng bak kata remaja zaman sekarang!!
Kredit foto: FB Rafiezulanwar
Dalam posting terbarunya, beliau menyatakan bahawa apa yang dilakukan ini adalah sekadar hiburan semata-mata dan beliau berterima kasih kepada mereka yang komen dalam FB miliknya itu.
Bak kata orang tua tua dahulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Namun untuk kata-kata zaman mutakhir ini, fikir sebelum posting, terlajak posting pasti jadi sasaran netizen. - KitaReporters