MENJADI kemestian bagi anak perantau untuk pulang berhari raya di kampung halaman apabila tiba Syawal. Namun menerusi norma baharu tahun ini, kita semua dikejutkan dengan berita tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut bersama sanak keluarga. : KitaReporter

EDDIE HAMID (tengah) bersama Man Khan dan Aris Kapilla yang berganding bahu menjayakan lagu Jange Kelik La Wei.



Mengambil kesempatan tersebut, komposer Eddie Hamid muncul dengan lagu terbaharunya, Jange Kelik La Wei.

Lagu raya yang bercorak kenegerian itu sebenarnya ditukar daripada naskhah asal lagu berkenaan iaitu Kelik La Wei iaitu lagu raya rasmi negeri Kelantan pada 2016.

Kreatif betul komposer ni, ada saja idea bernas yang muncul...Tahniah!

Lagu tersebut dinyanyikan sendiri Eddie bersama dua lagi penyanyi, Aris Kapilla dan Man Khan.

Perubahan itu dibuat seiring dengan saranan kerajaan berhubung isu semasa untuk membendung penularan wabak COVID-19 hingga melarang rakyat melakukan pergerakan merentas negeri untuk menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.

Katanya, idea menukar lagu berkenaan tercetus selepas Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin membuat keputusan untuk tidak membenarkan rakyat pulang menyambut hari raya bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

BUAT pertama kali.. rakyat tidak dibenarkan balik ke kampung bagi memutuskan rantaian COVID -19. -Kredit foto: gempak.com


“Kira-kira dua minggu lalu, saya, Man dan Aris merasakan ini masa yang sesuai untuk melancarkan lagu 

Jange Kelik Laa Wei, sekali gus menyahut seruan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Eddie memberitahu lirik lagu berkenaan digubah oleh Zulkifli M.Ali, Man Khan dan Aris.

Demi kesihatan semua katanya, seharusnya kita patuh dan akur dengan situasi semasa.


JALAN Raya tidak akan sesak tahun ini selepas rakyat terpaksa menyambut Syawal tahun ini di rumah masing-masing sahaja. - Gambar hiasan.


“Lagipun tahun ini saja kita berkorban, jadi kita perlu akur dengan situasi semasa. 

"Insya-Allah raya tahun mendatang akan kembali seperti sedia kala. 

“Jadi lagu raya kali ini ditujukan khas buat semua perantau yang tidak dapat pulang beraya. 

"Andai kata pulang beraya ke kampung dibenarkan kemudian, mungkin judul lagu ini perlu bertukar menjadi Boleh Kelik Laa Wei,” katanya lagi.

Tambah Eddie, meskipun lagu itu dalam loghat Kelantan, namun ia tidak ditujukan kepada perantau dari negeri berkenaan sahaja sebaliknya, lagu tersebut sesuai untuk sesiapa sahaja kerana muzik adalah sesuatu yang universal.

Malah berharap lagu yang dilancarkan pada 3 Mei 2020 ini dapat menenangkan hati perantau yang tidak dapat balik kampung. - KitaReporters


13
0
4
0
2

Copy Link: