Ikan masak bandeng presto yang dijual oleh Kevin.-Kredit foto-foto: Detik.com


BERFIKIR di luar kotak! Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Kevin. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih! 

Setakat jual ikan di pasar atau menjaja sekeliling kampung, ia perkara biasa yang dilakukan oleh ramai orang.

Justeru, mahukan kelainan, Kevin yang juga peniaga ikan atas motor mempunyai cara unik untuk menarik perhatian pelanggan. Dia memakai sut seperti mahu ke pajabat yang mempunyai penghawa dingin. Malah, dia juga memakai tali leher yang dipakai kemas di lehernya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kreatif


Idea memakai sut memberi rezeki apabila ia tular dalam media sosial.


Kevin menjaja barang jualannya sekeliling kampung menaiki motosikal.


Lapor portal Detik.com, Kevin menjaja ikan sekeliling Kota Bekasi, Jawa Barat, Indonesia dengan menggunakan motosikalnya. Cara unik Kevin itu ternyata berjaya menarik perhatian pelanggan dan pernah tular dalam media sosial.

Bagi yang masih belum tahu atau mengenalinya, pasti menyangka dia adalah seorang pemuda yang mahu ke pejabat.  

Menurut Kevin, dia mendapat idea tersebut kerana keinginannya untuk berpakaian kemas.

"Saya jual makanan jadi kena berpakaian kemas. Apabila berpakaian kemas, secara tidak langsung ia kelihatan bersih," kata Kevin yang mengakui dia kini sudah mempunyai ramai peminat sejak berpakaian sebegitu.

Kebanyakan pelanggan Kevin terdiri daripada golong ‘emak-emak’ yang sering mengelilinginya saat berjualan. Malah, mereka bukan sahaja membeli barangan jualan, malah juga mahu bergambar bersama Kevin.



Pelanggan Kevin biasanya terdiri daripada golongan 'emak-emak'.


Kevin berniaga di kawasan Pondok Gede, Jatimakmur, Jati Asih hingga Kemang Pratama setiap hari bermula pada pukul enam pagi dan hanya balik pada tengah hari. 

Kevin mengakui, jualannya tidak selalu mendapat permintaan, ada kalanya dia terpaksa berpusing-pusing hingga ke petang.

Selain menjual ikan masak bandeng presto, Kevin turut membawa barangan lain di atas motosikalnya seperti pisang dan petai. Kevin membawa 150 ketul bandeng sehari.

Di Malaysia juga pernah tular dalam media sosial satu ketika dulu apabila ada segelintir peniaga lelaki memakai tudung sebagai gimik menjual tudung bagi menarik perhatian pelanggan. 

Sentiasalah berfikir di luar kotak bagi menarik perhatian pelanggan walaupun anda hanya menjual barang biasa-biasa sahaja. - KitaReporters


Kevin bekerja keras demi menyara kehidupannya.

9
7
0
13
0

Copy Link: