PM yakin! Olimpik Tokyo saksi emas sulung Malaysia! 30 atlet harapan! 32 juta rakyat berdoa!
Published byMUHYIDDIN Md. Yassin (tiga dari kiri) melaungkan sorakan 'Demi Malaysia' kepada kontinjen negara di KLIA Sepang. - Kredit foto: MSN
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin menaruh keyakinan tinggi dengan atlet-atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021) adalah yang terbaik dan mampu membuahkan pingat emas pertama buat Malaysia.
Beliau sempat meluangkan masa bersama atlet-atlet negara dengan memberikan kata-kata semangat pada majlis pelepasan Berjalur Gemilang buat kontinjen Olimpik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 17 Julai 2021.
Katanya, kontinjen Malaysia bukan hanya diwakili oleh 64 atlet, jurulatih, pengurus pasukan dan pegawai sokongan di Tokyo malah diperkuatkan oleh semangat 32 juta rakyat Malaysia yang sentiasa turut mendoakan peraihan pingat emas pertama negara pada temasya ke-32 itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Olimpik
MUHYIDDIN (kiri) menyampaikan ucapan ringkas dan kata-kata semangat. Tengah ialah Mohamad Norza Zakaria dan Lee Chong Wei. - Kredit foto: MSN
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Kontinjen negara Olimpik Tokyo, Datuk Wira Lee Chong Wei dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.
TETAMU-TETAMU kenamaan melambaikan Jalur Gemilang tanda selamat jalan kepada kontinjen negara di Balai Berlepas KLIA. - Kredit foto: MSN
TETAMU-TETAMU kenamaan melambaikan Jalur Gemilang tanda selamat jalan kepada kontinjen negara di Balai Berlepas KLIA. - Kredit foto: MSN
Senarai atlet ke Sukan Olimpik 2020, Tokyo:
Memanah: Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad, Individu wanita: Syaqiera Mashayikh.
Olahraga: Lompat tinggi: Lee Hup Wei, 100m: Azreen Nabila Alias.
Badminton: Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia, Perseorangan wanita: Soniia Cheah, Beregu lelaki: Aaron Chia- Soh Wooi Yik, Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Beregu campuran: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Berbasikal: Keirin lelaki / Pecut lelaki: Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Shahrom.
Terjun: 3m papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabdri, Wendy Ng Yan Yee, 10m platform individu wanita: Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, 10m platform seirama wanita: Pandelela Rinong / Leong Mun Yee.
Golf: Individu lelaki: Gavin Green, Individu wanita: Kelly Tan.
Gimnastik: All round wanita: Farah Ann Abdul Hadi, All round lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing.
Pelayaran: Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Affendy, Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif, International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali.
Menembak: 50m rifle wanita 3 position: Suryani Mohamed Taibi.
Renang: 200m dan 400m gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng, 100m dan 200m kuak dada wanita: Phee Jing En.
ANTARA atlet negara yang berlepas dalam kumpulan kedua ini mewakili sukan akuatik (renang dan terjun), badminton, memanah dan gimnastik. - Kredit foto: MSN
KUMPULAN kedua atlet ke Sukan Olimpik Tokyo ini mengandungi beberapa prospek pingat Malaysia. - Kredit foto: MSN