PENYANYI Aina Abdul yang menghitung hari untuk menjayakan konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0 Live At Istana Budaya’ (ANWAA) pada 25 dan 26 Jun 2022 ini mengakui berasa gementar untuk berada di pentas berprestij itu.

Kata Aina, dia tak sangka tekanan yang dilalui demi menjayakan konsert berskala besar itu amat berat. 

Meskipun terpaksa lalui pelbagai dugaan, Aina tetap teruskan kerana dari dulu berhasrat mahu melakukan persiapan sendiri bagi merealisasikan impiannya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul

Aina janji akan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.


Dugaan pertama yang dilalui oleh Aina adalah tentang harga tiket yang dikatakan ‘harga melampau’ sedangkan dia masih baharu dalam bidang seni dan koleksi lagu pun tak banyak.

Dia yang terpaksa menolak beberapa undangan persembahan demi memberi tumpuan pada persediaan konsert berkata, ada sebab kenapa harga tiket ditawarkan serendah RM113.36 (Blue Zone), RM518.96 (Pink Zone), RM622.96 (Orange Zone), RM726.96 (Green Zone), RM830.96 (Front Seat) dan RM1,246.96 (Gold Seat).


 Untuk persembahan, Aina akan mengenakan empat persalinan untuk setiap malam.


“Saya faham, saya tak ada banyak koleksi lagu sendiri kerana saya belum release lagi. Tapi saya akui kehadiran saya sehingga hari ini, orang masih lagi tak kenal saya sebagai Aina Abdul yang ada lagu sendiri.

“Kebanyakan pendengar mengenali saya dari YouTube Channel saya. Baru tahu saya ada lagu sendiri, mereka dengar saya menerusi lagu-lagu cover saya. Saya akan guna peluang tersebut untuk membawa lagu-lagu itu di pentas yang lebih prestij.

“Sebelum ini mereka dengar lagu How You Like That (nyanyian asal Blackpink) dalam YouTube Channel maybe saya akan persembahnya di Istana Budaya tapi this time dengan band arrangement dan penari. 

“Saya rasa itu adalah selling point dan kita ada team yang jaga lesen untuk lagu tersebut dan kita dibenarkan untuk menyanyikan lagu tersebut dan sekali gus boleh memeriahkan konsert. 

“Cover song adalah part daripada medley, saya tak akan nyanyi lagu penuh. Lagu full semuanya lagu saya sendiri. 

"Saya ingat saya ada sikit saja lagu, tapi bila saya korek balik, rupanya saya banyak lagu yang tak banyak orang kenal. Saya rasa tak semestinya saya kena nyanyi lagu yang orang kenal saja,” jelasnya yang sudah merakam 12 buah lagu sejak awal kemunculan dalam program Mentor hingga kini.


Aina akui, dia adalah seorang yang cerewet dan mahu berikan yang terbaik bila berada di pentas.


Dia yang menjadikan konsert Adele sebagai rujukan menjelaskan kenapa harga tiket ditawarkan sedemikian kerana dia percaya tiket tetap akan terjual walaupun lambat. 

“Apa yang saya boleh katakan kenapa kita letak harga tiket begitu kerana kami percaya tiket itu akan terjual walaupun lambat. Actually we aim for sold out tapi its okey, my first concert jauh lagi perjalanan saya. Doesn’t mean yang lambat sold out tu saya tak laku.

“Saya rasa benda itu subjektif dan saya masih lagi menunggu untuk peminat yang mungkin sedang menunggu gaji. Sekarang ini setiap hari kita ada pembeli walaupun satu, still ada pembeli everyday. Benda itu saya rasa bagus daripada tak ada orang beli langsung.

“Saya tak nak bercakap tinggi, saya tahu dalam setiap show, we always aspect more, tapi on the actual day mesti ada juga benda kita rasa boleh buat lebih baik.

“Dari segi konsep tu, sesiapa yang belum pernah tengok saya nyanyi live, saya akan kata persembahan saya nanti very intimate yang saya nak ketengahkan. Walaupun kita ada lebih 1,000 penonton tapi saya mahu setiap daripada mereka rasakan yang saya nyanyi untuk dia seorang. Itulah eksklusifnya konsert saya itu,” jelasnya yang mengeluarkan wang simpanan untuk memastikan konsert tersebut berjalan lancar.


Kekuatan vokal Aina Abdul tidak dapat dinafikan dan persembahannya kelak pasti menghiburkan. 


Tambah Aina, konsert anjuran Aina Abdul Entertainment (AAE) yang menelan kos hampir RM1 juta itu berbaloi untuk ditonton kerana sepanjang persembahan dia akan diiringi oleh hampir 30 pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Mac Chew.

Menjanjikan kejutan kepada penggemar, Aina bakal muncul dengan lapan busana menarik sepanjang konsert yang berlangsung selama dua malam.

“Busana semuanya sudah dirancang. Saya sendiri tak sabar nak menyarungkan lapan busana di ANWAA nanti. Selain itu, ada lagu di konsert malam pertama tidak akan dinyanyikan di konsert malam kedua. Saya juga akan tampilkan seorang penyanyi undangan istimewa di konsert malam kedua ANWAA.

“Peminat yang hadir juga akan mendapat hadiah istimewa tanda terima kasih saya dan AAE. Saya sendiri tak sabar menantikan konsert ini dan berharap peminat akan pulang dengan senyuman,” katanya.



Selain memberi kejutan kepada peminat, Aina juga berharap penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah seorang penonton dan begitu juga dengan Ziana Zian, Anuar Zain dan Misha Omar.

“Untuk konsert ini kalau boleh nak Tok Ti datang tengok sebab saya terlalu suka dia. Kita dah ada connection itu daripada Big Stage dan saya nak kembangkan lagi hubungan itu. Lagu dia pun saya baru buat tapi belum siap. Nak sangat ada moment itu dengan dia.

“Saya nak jemput banyak artis yang saya kagumi dari kecil, seperti Ziana Zain, Anuar Zain dan Misha Omar,” kata Aina yang teruja untuk menyanyi di hadapan barisan penyanyi yang dikaguminya itu.

Selain mengadakan konsert di ibu kota, Aina juga bercadang untuk mengadakan konsert yang serupa di Sabah, Sarawak atau di selatan tanah air.

“Apa yang saya buat sekarang ini adalan projek long term, branding long term. Saya nak orang di luar sana lihat saya dan bekerjasama dengan kita kerana ini adalah learning proses untuk saya dan we can learn together.

“Brand di luar sana yang sedang melihat saya sekarang ini, saya alu-alukan untuk bekerjasama. Kita akan ada banyak lagi program selepas ini dan kita boleh berjaya bersama-sama,” katanya yang mengalu-alukan penaja.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa. - KitaReporters


 

15
12
0
11
0

Copy Link: