Gara-gara nak bibir menawan, berkeyakinan! Wanita tanggung kesakitan! Bibir bengkak 3X ganda!

Published by
KitaReporters


KEINGINAN seorang ibu muda ‘mengubah’ bibir menjadi lebih lebar supaya kelihatan menawan dan lebih berkeyakinan bertukar menjadi mimpi ngeri kepadanya apabila yang diidam-idamkan itu tidak berjaya.

Lebih memeritkan apabila dia terpaksa menanggung kesakitan dan kelihatan lebih buruk daripada penampilan yang terdahulu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bibir:

https://kitareporters.com/search?search=bibir


SEBELUM prosedur suntikan bibir Louise Smith kelihatan lebih cantik dengan bibir yang kecil dan sempurna. - Kredit foto: Kennedy News and Media.


Memetik laporan Dailystar, Louise Smith dari Bognor, West Sussex di England mengakui kecewa pembedahan kecil melalui suntikan bibir tidak berjaya sehingga menyebabkan bibirnya membengkak tiga kali ganda.

Aduhhhh….malu dan sakit serentak!

Kongsi ibu muda 25 tahun lagi, dia telah memperuntukkan 80 pound (RM442) untuk prosedur berkenaan, namun hasilnya sangat mengecewakan.

Lebih menyedihkan apabila selepas melakukan prosedur berkenaan dia merasai kesakitan sehingga mahu pengsan.


TERBAHARU bibirnya membengkak tiga kali ganda selepas menjalani suntikan bibir.


Malah hasil yang diterima semakin buruk selain merana kesakitan.

Sehubungan itu, dia menasihati kepada orang lain supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum mendapat suntikan. Jangan mudah terpedaya kerana mahu kelihatan lebih berkeyakinan tapi terpaksa menderita seperti dirinya.

Hati-hati semua! - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: