Nama dua penyanyi muda Indonesia ini, Rizky Febian, 23,  dan Ziva Magnolya, 20 barangkali agak asing kepada pendengar di Malaysia namun menariknya kolaborasi antara mereka berdua melahirkan lagu single bersama, “Terlukis Indah’ ibarat pertemuan seorang guru dengan anak muridnya.

Mana tidaknya, Rizky Febian pernah menjadi juri dan kagum dengan persembahan Ziva semasa uji bakat 'Indonesian Idol'

ke-10 pada tahun 2019/2020.


Lagi cerita-cerita menarik Indonesia Idol


Pada masa itu, Ziva telah membuat Rizky Febian kagum dengan lagu yang dinyanyikannya, "Kesempurnaan Cinta" milik artis idolanya itu. 

Mereka juga telah berduet menyanyikan lagu "Berpisah Itu Mudah" dengan persembahan yang memukau sehingga melayakkan ZIva memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan 'Indonesia Idol' itu.

Sejak itu, kedua-duanya juga sering bekerjasama untuk menyanyi secara langsung sehingga akhirnya Rizky menawarkan Ziva berduet dalam single terbaharu ciptaannya, “Terlukis Indah’.

“Lagu ini dihasilkan sebagai tanda terima kasih yang mendalam kepada peminat yang mahukan saya dan Ziva berkarya bersama dalam sebuah lagu. Memang sebenarnya, saya sendiri pun mahu agar perkara ini dapat direalisasikan sejak tahun lalu,” ujar Rizky ketika ditemu bual dalam sidang media secara maya dari Indonesia kelolaan Universal Music Malaysia.

Turut hadir pasangan duetnya, Ziva Magnolya Muskitta. 



Bagaikan membayang pertemuan pertama mereka kala Rizky terpaut dengan kelunakan suara Ziva, ‘Terlukis Indah’ yang dilancarkan di bawah naungan Universal Music Indonesia mengambil tema percintaan dengan menceritakan tentang cinta pada pandangan pertama. 

“Bermula dari pertemuan pertama, timbulnya perasaan suka, akhirnya bersama dalam satu perjalanan cinta,” sambung Rizky terhadap jalan cerita lirik lagu sambil berpendapat kisah ringan begini lumrah berlaku dalam kehidupan ramai orang. 

Mempunyai susunan yang sangat merdu didengar, pop yang ceria menjadi asas kepada warna muzik yang ditampilkan dalam single "Terlukis Indah".

Dengan sedikit sentuhan suasana R&B serta susunan muzik yang groovy  ditambah dengan kualiti vokal mereka berdua, mampu menjadi senjata utama dari segi suara dalam lagu tersebut.



“Saya rasa cukup teruja dapat bernyanyi bersama artis idola saya dalam sebuah karya hebat begini,” ulas Ziva  yang sentiasa riang dan ceria di samping Rizky.

Menariknya, jika di Malaysia kita mempunyai artis muda berhijab yang sering tampil berbaju kurung dan kasut sukan iaitu Bunga isme, Ziva Magnolya pula terkenal sebagai artis yang sering mencuri perhatian apabila muncul dengan rambut bertocang dua sebagai ‘trademark’ dirinya.

“Berpeluang menyanyi dengan Rizky ibarat mimpi menjadi realiti kerana beliau satu-satunya artis yang saya minati,” ujar Ziva dalam ketawa kecil selepas mendengar komen Rizky yang memilihnya sebagai penyanyi duet kerana kecomelannya. - KitaReporters


10
11
0
8
0

Copy Link: