Kita Semua Team Mas! Slogan baharu perjuangan sukan, rakyat Malaysia! Misi Sukan Olimpik Paris 2024!
Published byHANNAH Yeoh (kanan) bersama-sama antara atlet Sukan Olimpik Paris 2024 Malaysia, Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Shahrom dan Nurul Izzah Izzati Asri dan Ariana Nur Dania Zairi pada Majlis Pelancaran Team Mas ke Sukan Olimpik Paris 2024 di MSN, Bukit Jalil. - Kredit foto: MSN
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Khamis 6 Jun 2024 melancarkan Team Mas, pasukan Malaysia yang akan berjuang pada Sukan Olimpik Paris 2024 - menjelang 50 hari temasya ke-33 ini berlangsung iaitu satu gerakan nasional bersepadu yang turut membabitkan rakyat.
Team
Mas katanya ialah tanda sokongan kepada para atlet negara selain sebagai jenama
kebangsaan yang menggambarkan penyertaan bersama seluruh rakyat ke gelanggang
mereka, katanya.
“Saya
percaya dengan tema “Kita Semua Team Mas” akan menyatupadukan seluruh rakyat
Malaysia sebagai sebuah pasukan.
“Mulai
sekarang hingga 50 hari lagi (ke Olimpik Paris), Team Mas lahir sebagai tanggungjawab
bersama dan seolah-olah membawa rakyat Malaysia turut masuk ke gelanggang,”
katanya dalam ucaptama pelancarannya pada Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
Team Mas juga katanya bukan hanya disasarkan untuk Olimpik Paris tetapi pada setiap kali atlet keluar negara bagi menggalas tugasan besar antarabangsa yang lain.
Dua
daya usaha dijalankan dalam menyiapsiagakan Team MAS katanya iaitu penggabungan
kepakaran sains sukan dan penyelidikan teknologi sukan berimpak tinggi di bawah
Institut Sukan Negara (ISN) sebagai pusat kecemerlangan teknologi sukan yang
menghasilkan basikal trek berprestasi tinggi, WX-R Vorteq.
“Saya
percaya para pelumba kita terutama Datuk Azizulhasni Awang akan turun ke
velodrom Olimpik Paris dengan penuh keyakinan kerana telah dilengkapkan
peralatan bertaraf dunia, begitu juga penambahbaikan peralatan sukan memanah
melalui custom made grip,” katanya.
Sebanyak
18 atlet akan bertanding pada temasya dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 itu
jelasnya dengan kementerian telah membelanjakan RM9.7 juta daripada peruntukan
RM20 juta bagi Program Laluan Emas (Road To Gold – RTG) Sukan Olimpik, katanya.
“Perbelanjaan
itu merangkumi pengurusan pusat latihan dan atlet termasuk elaun RTG,
pendedahan kepada kejohanan, latihan dalam dan luar negara, perubatan dan sains
sukan,” tambah Hannah.
RTG katanya, dibangunkan bagi memastikan semua atlet berada dalam keadaan bersedia dan cemerlang dengan mengambil kira prasarana, khidmat sains sukan dan perubatan serta program bina diri dengan peruntukan kerajaan RM72 juta melalui Belanjawan 2024 untuk Program Podium. - KitaReporters
HANNAH Yeoh (tiga dari kanan) menerima cenderamata logo Team Mas daripada Ketua Pengarah MSN, Rashid Yaakub. - Kredit foto: MSN